The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Monday 11 July 2016

Kidzania - tempat untuk mengasah cita2 anak...

Hi iols.. hari ni nak bercerita tentang pengalaman membawa anak sedara bergembira di Kidzania.. dah lama dah teringin nak bawa dia org ke situ tapi asyik tak sempat je. So pada hari yg bersejarah ni, bawak la dia org ke sana..kebetulan tengah menghabiskan cuti di akhir December 2015 yg lalu, time cuti sekolah plak tu... First, buat2 surprise kat budak2 tu..cakap nak pergi ke mall aje..tapi actually memang nak bawak ke Kidzania ni la..apa lagi, bila tau aje tempat yang nak dituju tu Kidzania, melompat bagai nak rak le budak 2 org nie... This is also their first time in Kidzania so memang excited habis... Bukan dia org je excited, hakak pun sama excited hokey..

Sampai je we all terus ke parking Ikea..time tu weekdays, pagi pulak tu so banyak la parking yg available. Dari Ikea we all berjalan kaki sikit ke Kidzania...tak sampai 5 minit pun jalan since Kidzania tu kat bangunan bersebelahan bangunan Ikea.. Masuk je di lobby bangunan Kizdzania dah ramai budak2 dan parents tengah beratur untuk membeli tiket.. Time tu dalam pukul 10.30 pagi..

Harga Tiket Masuk

Tempat queue untuk membeli tiket masuk.. Time ni nampak je tak ramai org...

Ni gambar ihsan from the other website..

Ni also gambar ihsan from other website. But the queuing place mcm nie..
Lepas beli ticket, dia org akan pakaikan something like a wrist watch..buts its not a watch la for sure.. selepas tu mula la perjalanan ke floor yg paling atas sekali untuk masuk ke dunia Kidzania.. yay..!! Sape pulak yg over nie ye..


Okay saat yg paling di tunggu2.. melangkah masuk ke dalam Kidzania World..

Cantik sangat bandar kidzania ni... mak impressed..

Everything looks real..

 

 

 

Masuk2 je dalam Kidzania ni, the first thing they have to do is to go to the bank, CIMB Bank for Kids, to claim their Kidzania money called Kidzos..

Excited tukar duit kat CIMB Bank

Kidzos Money

Kaya..Kaya.. Sekali tukar dapat RM18 or RM20..Lupa sudah..

This is how it works.. setiap kerja/ activity yg dia org lakukan ada pembayaran yg akan diberikan.. Macam ni, tengok pada column Economy tu.. itu menunjuk kan berapa upah yg akan dia org dapat bila buat activity tersebut.. Kalau + menunjukkan mereka aakan dapat duit RM10 dari Kidzania tu.. If tanda - means kanak2 tu yg harus membayar bila melakukan activity tersebut..
So happy la anak2 mak semua kan... so apa lagi..dia org pun start la cari aktiviti2 yang dia minat.. Kat sini, kanak2 semua boleh try semua jenis aktiviti2/pekerjaan and rasa mcm mana adults bekerja mencari duit... haha..rasakan korang... mcm tu la mak ayah korang bekerja semata2 nak dapatkan duit belikan korang mainan and bawak korang g Kidzania ni..rasakan..(gelak jahat jap..). Tapi tak semua peringkat umur sesuai untuk aktiviti2 di Kidzania... at least 5 years and above la.. sebab kalau kecik sangat takut tak boleh nak menjalankan aktiviti2 tu secara berdikari sebab kat sini parents tak boleh get involved dengan segala aktiviti2 pekerjaan yang di lakukan oleh anak mereka. Yang bagus nya, kanak2 boleh belajar berdikari dan pandai bergaul untuk menyesuaikan diri.. Kalau budak2 yang sangat pendiam, pemalu atau anak mak ke, anak bapak ke pun susah jugak.. sbb nanti rugi je bayar tiket masuk mahal2 tapi satu aktiviti pun tak nak buat kalau mak atau bapak tak der kat sebelah...

 



 


 
 
 
 



Kalau dah penat or lapar, di dalam Kidzania ada menyediakan banyak restaurant2 dan kiosk2 makanan. Harga pun berpatutatn..tak la mahal sangat sampai terkejut badak... Ada kiosk yg menyediakan makanan ringan mcm jumbo size chicken sausage for RM5.00 aje..so not bad la kan.. ? Dalam tu banyak juga di sediakan kerusi2 dan bench untuk parents duduk menunggu sementara anak2 bekerja atau melakukan aktiviti.. okay la tu kan..tak de la lenguh nak menunggu..





Lepas dah kumpul duit kidzos banyak2, dia org boleh la pergi ke Kidzos mall untuk bershopping..tukarkan duit tu dengan barang2 yg bergantung pada nilai kidzo yg ada... di dalam mall ni, hanya kanak2 yg dibenarkan masuk..parents tengok je dari luar berharap yg anak2 dia org jangan la shopping benda yg entah pa pe kan..haha.. budak2 ni..di beli nye boomerang kat shopping mall tu dgn duit kidzos dia org.. habis segala gaji yg banyak2 di kumpul tu.. ye la, kebanyakan barang2 di dalam mall tu nilai nye tinggi so itu je la yang mampu.. hahah

 

Okay la..dah penat bermain, duit pun dah habis tukar ngan boomerang..time to go home... kita org balik dalam pukul 6.00 ptg mcm tu..seharian di situ..okay la rasa sangat berbaloi duit dan masa... aktiviti yg paling dia org ni suka ialah jadi penjaga tol... sabar jer la...

Rasa nye nanti ada cuti sekolah yg panjang nak bawak budak2 tu kesini lagi..kali ni mungkin ada tambah lagi sorang budak cinonit kot.. hihi..