The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..
Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Thursday, 29 September 2016

Scar Treatment Oil

Hi semua..hari ni saja nak share something with uols.. something untuk kecantikan kulit terutama pada yang mempunyai kulit yang bermasalah seperti jerawat, kulit kemerah-merahan atau yang kulit yg sangat sensitif..

Ha.. inilah dia... tarra... Therme Marrakesh Dry Oil Spray..


Therme Marrakesh Dry Oil Spray.. Skincare ni senang jer pakai nya.. hanya sekali sehari, di waktu malam sebelum tidur. Therme Marrakesh Dry Oil Spray ni mengandungi minyak argan dan sweet almond oil..

Ni hari tu gigih copy dari belakang packaging dia.. hahah
Minyak argan memang bagus untuk kulit dan parut2 jerawat. Minyak sweet almond pulak bagus untuk dark circle bawah mata serta buatkan kulit nampak fresh.. Bukan itu aje, kengkadang bila rasa rambut yg hujung2 tu mcm keras je or kering je, saya pakai je sikit ke rambut.. So, banyak juga kegunaan dry oil spray ni.. and bau dia sangat harum..best sangat..

Okay macam mana boleh terpakai skin care ni..? Mula asalnya hari tu pergi ke Amsterdam time winter.. time winter, kulit kita yang tersangat oily ni pun boleh jadi kering sesangat sampai berkuping2 kulit kita.. so kita pun drop by kat one of their pharmacy, ala2 Pharmacy Guardian di negara kita la.. sbb kulit kita dah jadi tersangat kering and menarik..so sangat sakit.. and saya pakai dry spray ni setiap pagi and malam.. eventhough its oil spray, tapi bila letak di muka dia tak berminyak.. after 1 minute, kulit kita akan jadi seperti biasa..tak rasa melekit or berminyak..

Selepas balik ke Malaysia ni.. still pakai this dry oil spray sbb rasa membazir pulak beli mahal2 nak buang macam tu je.. tapi kita kurangkan pemakaian dia dari 2 hari sekali ke sehari sekali je, iaitu waktu malam selepas cuci muka sebelum nak tidur..and tersangat suka on its results.. parut jerawat mula pudar, jerawat yg nak tumbuh..tak jadi tumbuh and started to fall in love sangat.. Kawan2 kat office pun tegur kulit kita dah elok..  So kita pun teruskan la penggunaan dry oil spray ni... 

Penggunaan selepas 6 bulan, tak ingat berapa tapi after 6 months


Ha inilah result nya... 

Untuk mencuci muka pula kita just pakai Lactacyd Facial Wash yang boleh di dapati di mana2 Pharmacy. Harga pun sangat berpatutan..dalam RM30.00 sebotol, tahan 5-6 bulan. Tapi jangan tersalah beli tau..ada Lactacyd untuk Feminine Wash.. karang jadi lain pulak muka korang tu haha..
My skin care regime sangat simple... siang basuh muka tanpa apa2 pencuci..and tak letak apa2 makeup or bedak or any cream ke or anything at all la... untuk kulit sensitif ni sangat susah nak jaga..tersalah pakai sikit..dah habis keluar segala jerawat.. Untuk malam, sebelum tidur saya cuci muka dgn Lactacyd and  then pakai Marrakesh Dry Oil Spray ni..

Kat Malaysia memang tak ada jual pun Therme Marrakesh Dry Oil Spray ni.. hari tu bila habis stock pun puas mencari even carik kat google..and found out dia cuma boleh di dapati di Netherlands/ Holland sahaja.. nasib baik ada geng kat sana yg boleh jadi supplier hihi.. Untuk sebotol Marrakesh Dry Oil Spray ni, boleh tahan dalam 5-6 bulan sebab sekali pakai cuma 1-2 kali spray aje..

Jadi untuk order boleh whatssap ke saya Ira di 016-6653497. Harga sebotol RM155.00 termasuk penghantaran. Please allow masa antara 3-4 minggu untuk sampai ke alamat anda sebab Holland tu jauh tu..hihi..

So, untuk sesiapa yg berminat boleh whatssap saya ye.. hihih.. harap ini akan menjadi salah satu alternative untuk uols berusaha merawat kulit sensitive atau yg berjerawat... 






Monday, 5 October 2015

Uban - Tips Mengelakkan Uban

Uban...hmmm... bila dah meningkat usia ni biasa la..semakin banyak rambut putih aka uban yang akan tumbuh bak cendawan di rambut kita ni.. stress jugak bila tengok uban tu penuh... menandakan kita dah makin berumur ni.. some people, umur 35 pun dah beruban.. ada tu muda dari tu rambut dah penuh uban. Ada yang kata genetik, ada yang kata penyakit, ada pula di sebabkan shampoo2 atau segala conditioner or krim rambut yang kita pakai... so let me tell you my experience bagi mengelakkan uban ni... and it works..!! of cos still ada tapi satu dua jer so far..alhamdulillah...

My hair now.. at 40 years.. Dah tak kaler rambut since 37 years dah....

Dulu masa time muda2 memang suka sangat warna kan rambut... macam2 kaler..blonde, merah, biru, hitam..segala lah.. bila dah meningkat usia ni..kita more concern on the products we use on our body termasuk lah rambut.. saya start concern pada masa umur saya 37 tahun.. 3 years ago.. masa tu kalau boleh nak menggunakan product yang organik, natural dan lesser kandungan chemical dia...

At 37, my hair banyak sangat uban..so obvious sampai ramai jugak yang tegur... so one day tu masa pergi pharmacy guardian nak beli shampoo (shampoo dah habis, kebetulan kan) i opted for Johnson & Johnson Baby Shampoo... Reason i chose Johnson & Johnson Baby Shampoo sebab since its the shampoo for baby so sure less chemical ingredients.. Masa tu I beli Johnson & Johnson Baby Shampoo yang original warna kuning.. memang bagus shampoo tu.. in 2 months, rambut kurang uban nye.. and ada tumbuh rambut2 baru... Tapi yang tak best nye.. rambut keras and kusut... rambut baby tu lain la dah memang naturally lembut.. so I pun tukar pada baby Johnson & Johnson shampoo yang warna oren, with conditioner.. so tak ler tergeliat bila nak sikat rambut tu..

Johnson & Johnson Baby Shampoo yg saya guna

Minyak semua memang tak pakai... sebab rambut ni cepat sangat berminyak nyer.. Mula2 pakai shampoo ni memang mcm rasa tak serasi sangat sebab ada dia buatkan kepala berkelimumur, so I pun shampoo la rambut hari2.. memang la some people said tak bagus shampoo rambut hari2 sebab dia akan mengeringkan kulit kepala kita.. tapi I buat jugak..lama kelamaan kepala pun serasi and i shampoo every 2 days...

The best part, my dad pun guna jugak shampoo Johnson & Johnson ni and rambut dia yang hampir botak dah tumbuh rambut baru... dan area yang botak tu dah ada rambut now..

Okay tu je la tips kecantikan untuk hari ni.. hope you guys find it useful... try it, u may love it.. bukan nak mempromote Johnson & Johnson but it really works for me and my dad.. Memang setiap orang berlainan keserasian dia, tapi who knows kan..tak try tak tau...

Good Luck uoals...



Friday, 19 June 2015

Budget Travel... to Dusseldorf, Germany

Hmm.. actually hari tu dah post dah citer kita jenjalan di Dusseldorf ni..tapi sebab pandai sangat, terdelete posting tu..hihihi

Masa ni tak plan sangat nak pergi jenjalan ke Dusseldorf.. Actually, we all plan g jauh sikit dari Dusseldorf tapi di sebabkan time tu salji turun, jalan pun licin and banyak tempat jam..tak jadi la..we decided to just have a short trip in Dusseldorf.. Perjalanan dari Amsterdam ke Dusseldorf mengambil masa 2 jam. Highway di Germany ni lain sikit..no speed limit so sape-sape yang feeling Micheal Scumaker tu boleh la pecut habis-habisan..tapi accident, tanggung sendiri.. The reason why there was no speed limit adalah kerana kereta buatan Germany semua nya besar-besar dan enjin-enjin nya 2.0L ke atas.. Hmm..kalau kat Malaysia ni..habis lah kancil and myvi..

Inside the City
 Sampai aje di Dusseldorf terus check in-hotel.. Penat la jugak...We all check in di Hotel Bahn.. Budget hotel around Euro70 per night..Not bad.. We all booked thru Agoda.com. Actually, kalau you all berani nak walk-in, ada banyak lagi hotel kat sana yang tak tersenarai dalam internet. Roughly, the price range is between Euro50-Euro120..


Room at Bahn Hotel

Mini Restaurant

Since, Germany ni famous dengan dessert, jangan lupa try dessert2 di sana.. tapi kene berhati2 sebab ada dessert yang di campur dengan alchohol.. Paling famous ialah truffle... Kat sana makan habis-habisan segala ice cream..nyum..nyum..
Truffle Ala Mode

Butter Cake with Chocolate Layer with Hot Chocolate

Ice-cream with lost of Hazelnut Euro7.00

Many Chocolate designs - Sweets for my Sweet
 Kat sini nak cari makanan halal tak susah.. banyak sangat restaurant pak arab dan juga Indian restaurant... especially berdekatan dengan Central Station.. Malam tu we all pulun makan nasi di Indian restaurant.. tapi mahal lah.. We all makan nasi beriyani set, kari ikan set, air...for two people..euro80.. kalau convert wow!!!

Indian Restaurant
Di Dusseldorf ada banyak bangunan-bangunan lama... ada yang berusia beratus-ratus tahun..Dia orang memang preserve semua bangunan-bangunan lama ni.. Jalan-jalan sampai tepi sungai..sungai ni sangat panjang and dalam, sampai kapal-kapal besar pun boleh lalu...tapi kat sini kene pakai extra warm clothes..sbb dengan angin nye yang kencang ditambah time tu winter..sejuk dia menusuk kalbu uols...
 

 

Shopping kat sini pun best..kebanyakan branded item macam Zara, Esprit, Mango..sangat-sangat murah especially dengan clearance sale.. Ada jugak local brand from Germany kat sini yang worth buying.. Baju baby boleh dapat dengan harga dari Euro3 and above, and the quality was good...

So, kalau sesiapa nak datang jenjalan ke Germany..jangan la asyik g Frankfurt jer..Try to stop by at Dusseldorf.. rasa peaceful jer.. nice for honeymoon atau siapa2 yang just nak chillaxing, sambil makan all the dessert... 

Thursday, 27 June 2013

Jual Produk: OMRON BP Blood Monitor dan Glucose Test Monitor..

Ha.. dah alang2 rajin nak menulis ari nie..meh kita update blog banyak2.. Kali nie lain sikit dari yang lain.. Kali nie bukan pasal kecantikan tapi pasal kesihatan. Kalau lari tajuk pun, sikit je la kan..?

Uols pernah tak test blood pressure ngan glucose uols? Kalau cerita bab makan, memang lupa segala pantang larang kan? especially nie nak masuk bulan Ramadhan tak lama lagi. Bila dah lapar tu, time berbuka puasa makan bagai nak rak la kan.. mana nak ingat nak kawal pengambilan gula ke, kalori ke, lemak ke kan..? yang penting time tu makan nyah..makanan dah depan muka.. perut plak time tu lapar giler.. hmm...

Ha.. kalau dah mcm tu gaya nyer.. better la uols simpan satu blood pressure and glucose check monitor satu kat umah..Especially yang memang dah ada tanda2 nak ada high blood tu atau pun yg dah memang ada..

Product yang kita nak introduce nie bukan product baru..dah memang ada di jual di pharmacy dan kedai2 kat luar sana..cuma tak dapat la rega mcm yang kita jual nie..

ACCU-CHEK PERFORMA for BODY GLUCOSE TEST

Product features:
  • Fast 5 second test time for quick and easy blood glucose testing
  • Tiny sample size < 0.6 UL with under dosing detection
  • Fast fill strip. Blood sample is quickly absorbed by test strip
  • Ergonomic Design - Rubber Grip make it easy to hold
  • Compensates for temperature variables.
  • Compensate for the effects humidity
  • Test reminders. Can set up to 4 automatic reminders for different time throughout the day
  • Test averaging : meter provides 7-14; and 30-day test averaging
  • 500 test result memory for improved blood glucose tracking
  • Infrared downloading capability: results can be downloaded to your computer using our date management products.
Harga Blog Ira Ilko: RM190
free 20 pcs strip
free postage delivery anywhere within Malaysia.


*(Product Baru bukan 2nd hand okay)
* Kalau nak di balut dengan wrapping paper sebagai hadiah - RM3.00 akan di charged untuk pembalut dan kad. Ucapan untuk kad boleh di email atau whatsapp. Hadiah boleh dikirim terus ke alamat penerima with no extra charged.


Harga Luar RM220

The importance of testing the glucose is to ensure control of our blood sugar. Sangat penting okay especially pada yang dah ada tanda2 awal nak dapat kencing manis atau yang dah ada. Bagus kalau nak belikan untuk parents kita atau pun as a gift to the love one..

To order whatsapp or msg me at 016-6653497. Or email pun boleh di theirailko@gmail.com
 
OMRON BP MONITOR 
 
 
Product features:
 
Display
:LCD Digital Display.
Measurement Range- Blood Pressure
:0 - 299 mmHg
Measurement Range- Pulse
:40 - 180 beats/min
Accuracy/Calibration- Blood Pressure
:+/- 3mmHg or 2% of reading
Accuracy/Calibration- Pulse
:+/- 5% of reading
Inflation
:Automatic by electric pump
Deflation
:Automatic pressure release valve
Rapid Air Release
:Automatic exhaust valve
Measurement Method
:Oscillometric method
Power Source
:4 AA batteries
Battery Life :Approx. 300 measurements
Operating Temperature Range :10 to 40 Deg C
Cuff Size :146 mm (w) x 446 mm (l)
Cuff Tube :600 mm (l)
Cuff Circunference :220mm to 320mm
Cuff Material :Nylon & polyester
Memory (sets of readings) :14
 
Harga Blog Ira Ilko: RM200
free postage delivery anywhere within Malaysia.
*(Product Baru bukan 2nd hand okay)
* Kalau nak di balut dengan wrapping paper sebagai hadiah - RM3.00 akan di charged untuk pembalut dan kad. Ucapan untuk kad boleh di email atau whatsapp. Hadiah boleh dikirim terus ke alamat penerima with no extra charged.

Harga Luar > RM200

BP Monitor nie bagus untuk check tekanan darah sebab kalau terlalu tinggi boleh kene stroke pulak. Sangat bagus untuk di hadiahkan pada parents kita or boss ke.. yang selalu naik darah kan..hehehe..

To order whatsapp or msg me at 016-6653497. Or email pun boleh di theirailko@gmail.com 

Scar Regime - Tamanu Oil

Rasasanye mcm dah lama kita tak update blog kan.. mcm2 hal campur dengan kemalasan melanda tu la yang lama tak bukak blog.. hari nie tetiba rajin balik. Kali nie kita nak share dengan uols pasal scar repair oil yang kita jumpa di google.

Gambar Hiasan.. bukan kita...
Kita tengah pening sebab nak mencari cream ape la yang bagus untuk hilangkan parut2 bekas jerawat kat muka kita nie. Parut nye tak de la teruk sangat tapi effect dia berbekas di hati jugak la.. Kita pernah pakai few scar treatment products tapi mcm tak sesuai dengan kulit kita.. Ni experience kita:

Bio-oil tapi dia mcm menggelap kan kulit kita pula, lagi pun dia ada isoprophyl myristate yg boleh menutup pori2 kulit dan menggalakkan pertumbuhan jerawat pada kita yang kulit sangat sensitive.

Organic Aid Vitamin E.. hmm.. ok, kita sangat2 suka cream nie..tak greasy, no sign of acne even dah pakai untuk 2 botol.. tapi kan kulit kita gelap lak jadi nya.
 
Tabitha Acne Set ..takut nak continue pakai sebab mcm2 negative remarks kita baca. Kita pakai pun kejap aje dalam masa 2 minggu mcm tu je.. memang jerawat semua mati time pakai tu tapi kulit pedih sebab toner dia kuat sangat..
 
Maderma pun pernah try.. after few days taruk mederma, parut tu jadi makin hitam.. pastu dia akan tanggal selapis by selapis tapi sangat2 slow. Kita tak favour sangat sebab dia mcm melekit sikit la.. tak best plak rasa..

Cica care silicon sheet memang sangat2 berkesan even for box scar yang tak teruk sangat. Tapi, kalau keluar rumah takkan la nak tunjuk kat semua org muka bertampal kan..Mcm tak senonoh pulak.. Lagi pun bila pakai silicon sheet nie, kene letak plaster biar dia lekat kuat..Kalau tak, tetiba je rasa silicon sheet tu dah entah ke mana cicir nye.. dah la mahal, kalau hilang..haru...
 
So.. yang terbaru kita jumpa and akan try (tengah tunggu delivery la nie) is TAMANU OIL. Tamanu oil nie tak famous sangat di Malaysia.. maybe tak ramai org tau lagi tapi bila google kita jumpa few stokis di Malaysia yang menjual Tamanu Oil ni. Tamanu oil di jual between RM69 to RM89.
 
Pokok Tamanu

Tamanu oil nie diperbuat dari biji buah Tamanu yang di keringkan. According to Wikipedia pokok Tamanu nie berasal dari Africa in: Comoros; Kenya; Madagascar; Mauritius; Mozambique; Seychelles; Tanzania (including Pemba Island of the Zanzibar Archipelago); south, southeast and east Asia in: Burma; Cambodia; China (on Hainan); southern India; Indonesia; Japan (Ryukyu Islands); Malaysia; Papua New Guinea; the Philippines; Sri Lanka; Taiwan; Thailand; Vietnam; the northwestern, southwestern and south central Pacific Region in: the Cook Islands; Fiji; French Polynesia (Marquesas and Society Islands); Guam; the Marshall Islands; Micronesia; the Northern Mariana Islands; Palau; and Samoa; and in Australia in: Northern Territory and Queensland.
 
Minyak dari biji buah Tamanu dipercayai boleh regenerate tissue dan seterus nye menghilangkan parut2, tak kira ape juga parut yang ada. Ha... very tempting kan?? Sangat menarik dan tertarik gitew..
 
Biji Buah Tamanu
 
Article dari salah satu blog yang kita jumpa menulis berkenaan kelebihan Tamanu Oil:
"Tamanu oil soothes and softens skin while it works to reduce foot and body odor. Tamanu oil is the traditional oil used by Polynesian women for promoting healthy, clear, blemish-free skin. Facial oil treatments with tamanu could help clear acne and fade acne scars in those who have a dry, chapped facial skin type, however it is a bit too heavy for those with sensitive facial skin."
 
Menurut ethnobotanist Chris Kilham di dalam article nye, tamanu is one of the most effective agents in promoting the formation of new tissue, thereby accelerating wound healing and the growth of healthy skin. This process is known as cicatrization  di dalam medical terms. Essentially, it means that tamanu oil is a powerful skin regenerator.
 
Tamanu telah diguanakn sejak berzaman untuk menyelesaikan segala masalah kulit dan sangat berkesan sebagai antioxidant, anti-bacterial and anti-inflammatory. Untuk baca lebih lanjut Info Tamanu Oil lebih lanjut dari website berkenaan.
 
Didalam satu article lain pula menyebut tamanu oil promoting formation of new skin tissue replacing the old scar tissue caused by acne. Bukan itu saja, Tamanu oil juga boleh menghilangkan jerawat kerana dia bertindak membunuh bakteria. Fungsi tamanu oil nie lebih kurang minyak kelapa dara tetapi lagi bagus kerana dia boleh menghilangkan parut. Yang penting dia 100% natural tanpa apa2 chemical yang berbahaya so sangat selamat di gunakan.
Pure Tamanu Oil - warna hijau
 
Minyak Tamanu nie sesuai untuk semua jenis parut termasuklah parut jerawat, stretch mark, surgery dan chicken pox. Bukan saja boleh menghilangkan parut, minyak tamanu juga sangat berkesan untuk menghilangkan pigmentasi, jerawat, eczema, kurap dan lain2 penyakit kulit. Uols boleh baca some Tamanu Oil User Testimony disini. 
 
So far, product over the counter yang ada kandungan Tamanu is Bio-Essence set Tanaka. Kalau nak menggunakan minyak Tamanu untuk muka make sure its 100% pure Tamanu oil tau. Ini ada more info on Tamanu Oil.
 
Sebelum dan selepas menggunakan Tamanu Oil - gambar dari one of the Tamanu Oil Website
 
Ok la.. kita dah order dah minyak Tamanu kita online last week.. Harap2 this week dapat la.. tak sabar gak nak guna bila dah baca banyak article pasal kelebihan minyak nie. Nak tengok sesuai ke tak ngan muka kita. Ada orang kata kalau muka prone to tumbuh jerawat, sensitive jangan pakai pa pe minyak pun.. hmm.. okay la kita try dulu nanti kita update mcm mana gaya nyer yer..


 
 

Monday, 10 June 2013

Minum 8 Gelas Air Sehari bagus untuk Kulit, betul ke?

Dah lama kita tak update blog..cuti sekolah kan so kita pun terus mood cuti2 gak... enjoy2, jenjalan2.. time cuti skolah mcm zaman2 skolah dulu.. hihihi

Kali nie kita nak update pasal kecantikan dan kesihatan lagi.. Ramai yang kata kalau minum air kosong banyak2 boleh membuatkan kulit kita cerah, bersih, berseri2..hmm.. betul ke..? Actually, hari tu kita ada came across satu article from mail online yang highlighted, "Drinking 8 glass of water does not make your skin glow- say nutrition expert". Owh..gitew la plak dah.. kejap kata plain water bagus untuk kecantikan, kejap kata tak ada apa2 effect pun.. hmm.. pening dah nie.. apa tak nyer, orang kata minum 8 gelas air sehari..kita minum sampai 3 liter air sehari..ha.. giler tak meroyan tetiba org kata tak ada effect pa per pun minum air banyak ke sikit ke.. hmm..so kita pun survey la lagi pasal menda nie just for info..
 
 

The article form Mail Online U.S, stated that the Survey was from British Nutrition Foundation (BNF), saying that there is little scientific evidence yang menyatakan minum air sebanyak 8 gelas sehari bagus untuk maintain kesihatan atau kecantikan. They even said that there is also little scientific evidence relating to water consumption to the effects of skin hydration dan samada minum sikit ke or banyak ke tak ada great effect on skin appearance pun.. oh my english! speaking rojaks jap.. According to BNF, actually apa yang paling penting untuk membuat skin kita glow dan sihat adalah pemakanan kita seharian dan juga sun screen. More info baca di sini . Alamak! kita tak pakai sunscreen pun nie.. Tetiba teringat minyak kelapa dara yang bagus sebagai natural sunscreen.
 
 
Based on study done in 2002 oleh Darthmouth Medical School pulak, tak ada evidence yang di jumpai untuk support the idea yang kita mesti meminum 8 glass air sehari. Tapi jangan la sampai tak minum air pulak. Study nie just untuk info pada uols yang lepas nie tak yah la kita paksa2 diri kene minum sampai 8 gelas air sehari sampai ada yang muntah air. Researcher dari Darthmouth Medical School advices kalau kulit kering, sape je lotion selepas mandi.. (lepas nie masyuk la business jual lotion huhu).. Kita perlu minum bila rasa dahaga jer. Minum lebih2 air pun takkan membantu kita membuang extra toxins dalam badan. Buah pinggang kita pulak akan sentiasa bekerja samada kita minum atau tak minum langsung or minum sikit atau minum banyak.. Ada ke buah pinggang yang stop bila kita tak minum air, mcm time bulan puasa tu..? Logik jugak kan kan..? Untuk baca article sebenar yang tak di gembar gemburkan, baca kat sini .
 
Bila tengok pada kandungan vitamin and mineral dalam air pun, mana ada mengandungi apa2 vitamin yang boleh memberi glowing effect pada kulit kita. Kulit memerlukan Vitamin A, C, D dan E untuk nampak sihat, cantik, segar dan berseri.. So, rasa nye lepas nie kita minum air jus je la mcm org kaya2..hahaha
 
Gambar Hiasan penambah seri blog..
 
Kalau nak tambah vitamin pada air minum why not kita perahkan lemon kedalam air kosong dan minum. Lemon kan kaya dengan Vitamin C. Kalau tak ada lemon, limau nipis atau kasturi pun boleh. Kalau nak jadi ala2 mat saleh, minum jus oren setiap hari.. tapi nak minum jus oren tiap2 ari tu, telan air liur gak..mahal kan.. tapi ye la..beauty is pain, pain is in my wallet gitew kan.. Natural source of vitamin lagi bagus dari makan pil2 supplement nie actually..
 
Jus apple pun bagus jugak sebab apple mengandungi anti oxident and rich in vitamins. Kan org dok kata, an apple a day keeps your doctor away.. so ada org tak suka nak makan buah apple sebijik2 tu, so why not jadikan jus dan minum. Jus apple hijau pun bagus untuk slim kan badan..
 
Air kosong with lemon slices..eh..oren pun ada..
 
Jus2 lain yang bagus di minum untuk menyerikan dan mencatikkan kulit - jus timun, jus celery, jus betik, jus tomato dan jus halia..
 
Ok uols, selepas nie tak yah nak strunggling2 nak minum air kosong sampai 8 gelas okay.. Boleh je replace kan dengan air2 jus yang lebih bagus untuk kecantikan kulit dan diet kita.. Tapi ingat, kalau boleh minum jus tanpa tambahan gula.. Kita di nasihatkan untuk mengambil 11 sudu gula sehari jer.. lebih2 nanti obesiti pula.. Selamat ber'jus'..
 
 
 
 
 
 

Thursday, 23 May 2013

Kita Cool ke Warm..?

Hmm.. cam dah lama kita tak update erkk.. tetiba terbusy la pulak dengan projek hari raya kita.. Mesti uols dah start shopping baju raya kan? kalau yang nak tempah baju tu, sure awal2 dah p beli kain.. rasa nye bulan nie je dah banyak tailor tak nak ambik tempahan dah.. Kita biasa beli yang ready-made. Senang, esok nak raya pun boleh sempat shopping baju raya lagi..
Tahun nie ape theme colour uols..? harus la yang divas2 gitew.. Kita pun tak sure lagi..Tengah dok pikir2 la nie.. ada ke theme pun..? Setiap tahun kita main hentam kromo je theme2 kita nie.. Sesuai ke tak sesuai dengan kulit kita blakang kira..Yang penting kita la yang paling glamer kat kampung okay..hahah..

Tahun nie kita ingat nak pilih colour yang soft2.. tak moh dah yang 2km jauh pun dah nampak dah colour baju kita. Kulit yg gelap tak gelap, cerah tak cerah mcm kita nie.. tak semua colour boleh in sebenarnye. Silap pilih colour nampak mcm baru datang dari Timbaktu pulak kang. Sejak dah tua2 nie..hahaha baru terperasan jap, pilihan colour tu tak boleh la nak ter 'over' sangat kan.. So, nak cari colour apa yang sesuai ngan kulit kita, teringat pulak kat satu seminar berkenaan Image and Personality yang company kita buat dulu. Based on ape yang Speaker tu kata, colour terbahagi pada 3 kumpulan - Cool, Warm atau Universal. Kulit kita pun sama juga terbahagi pada tiga colour - Cool, Warm and Neutral..

 
Gambar Hiasan - Tone Kulit C-Cool, N-Neutral, W-Warm

Pemilihan warna baju dan cosmetic yang sesuai dengan warna tone kulit kita boleh membuatkan kulit kita berseri2, glowing2,mata akan appear clearer dan warna rambut akan lagi nampak bercahaya..(over gitew) tapi kalau pakai tudung, warna tudung pulak memainkan peranan.. Ok macam mana kulit cool dan macam mana pulak kulit warm..? Ada few test yang uols boleh buat sendiri kat rumah untuk tengok samada kulit uols termasuk dalam kategori cool, warm atau neutral.

1. Fabric Test - Ambil kain/fabric and letak di kulit.. Kalau uols nampak tip top ngan colour hitam, putih, silver dan biru, makna nye uols termasuk dalam golongan cool skin tone, kalau kulit uols better dengan colour brown, off-white ala2 beige, gold dan orange then uols termasuk dalam golongan warm.. Kalau uols nampak cun dengan semua colour then uols termasuk dalam golongan neutral.
 
2. Gold and Silver Test.. if korang nampak berseri2 ngan gold daripada dengan silver means you all dalam kumpulan high maintenance iaitu kategori warm, kalau uols nampak lagi better ngan silver means you all geng kurang maintenance, cool skin tone..

3. Ponytail Test.. Ikat rambut uols.. then thoroughly cuci muka uols ngan cleanser.. Latakkan towel putih di tepi pipi uols atau bahu. Kalau uols nampak muka uols ala2 kekuningan then itu wam skin tone, kalau bluish colour tu makna nyer cool skin tone.
 
4. Genetic factor seperti warna rambut dan mata yang orginal okay.. As a rule of thumb, orang yang termasuk dalam golongan mata biru, hijau atau grey dengan warna rambut blonde, hitam atau brown termasuk dalam golongan cool skin tone. Kalau yang bermata hitam, brown atau hazel dengan rambut hitam, merah, dan brown termasuk dalam golongan warm. Tapi tak semesti nye orang yang bermata cerah seperti grey dan biru termasuk dalam golongan cool skin tone.

Undertone Chart

5. Warna Undertone Kulit kita - Undertone kulit nie actually warna kulit yang mempengaruhi tone kulit kita secara keseluruhan. Even kulit kita bertambah gelap akibat sun burned, warna undertone kita tetap takkan berubah. Undertone skin nie susah untuk dipastikan jika dilihat secara luaran. Untuk mengetahui apakah warna skin undertone kita, kita kene refer pada warna urat/ vein kita tadi. Paling senang nak tengok kat wrist kita atau pergelangan tangan kita. Kalau urat uol appear warna kebiruan atau biru means skin undertone uols is blue and uols termasuk dalam kumpulan cool skin tone. Kalau urat uols nampak kehijauan, uols termasuk dalam golongan warm skin tone.
 
Skin tone yang sesuai untuk kedua warna gold dan silver, mempunyai urat warna biru dan hijau termasuk dalam golongan neutral.
 
After uols dah tau tone kulit uols termasuk dalam kumpulan cool atau warm, uols boleh lah memilih warna pakaian atau cosmetic dengan senang.
 
Warm skin tone nie biasa nye nampak gorgeous dengan rich, earthy colour like bold red, orrange, golden yellow dan hijau, creams, bronze dan warm brown.
 
Cool skin tone sesuai untuk warna seperti lilac, biru, hijau, silver, grey, hitam dan putih. Eventhough hitam dan putih adalah colour universal, tetapi it looks better untuk orang yang mempunyai cool tone skin colour.
 
 
Untuk pemilihan warna baju boleh refer chart nie..
 

Mengetahui kategori skin tone kita juga bagus kalau nak pilih colour alat solek... Dibawah adalah salah satu panduan untuk memilih eye shadow yang sesuai untuk tone kulit kita.
 

 
Kalau uols suka warnakan rambut, boleh juga refer pada panduan di bawah. Macam kita, memang nampak kusam kalau rambut warna hitam, thats why la kita suka colour kan rambut bagi nampak ceria sikit..
 
Cool skin tone sesuai dengan rambut colour champagne, platinum blondes, chestnut, ashy browns atau true black.
 
Kalau group warm macam kita nie sesuai dengan warna golden atau reddish brown, honey blonde, strawberry blonde atau auburn..Colour nie yang macam merah2.. Tapi kita tak pernah la plak warnakan rambut kita merah, takut sama macam Ronald McDonald plak kang hahaha..
 
  
Ok now yang penting kita dah master warna tone kulit kita termasuk dalam group apa.. Once dah tau..senang jer nak jadi cun melecun macam Cik Ta, okay..hahaha
 
Kalau uols tak sure group mana uols belong to, biasa nye beautician atau image consultant boleh advice uols. Kalau uols happen pergi ke shopping mall.. singgah la kat kaunter cosmetic Clinique ke, Shesheido ke..buat2 la mcm nak beli kalau tak nak beli pun and minta advice dari beautician dia samada kulit uols nie warm, cool atau neutral ok.. Bawah nie ada summary chart untuk reference uols..
 
Pada yang mempunyai tone colour neutral, sila guna satu colour each time..meaning, kalau uols guna colour warm on that day, jangan la campur2.. baju colour warm, make up colour cool, lipstic warm, kasut cool.. nanti orang ingat uols peserta maharaja lawak lak kang.. pakai 13 colour..
 
 
Ok uols..try test okay.. Have a nice long weekend ye.. yay! esok cuti..
 
Ira
 
 


Monday, 20 May 2013

Kecantikan yang Abadi...

Ha.. Over sangat tajuk kita ari nie..hahaha actually kita nak cerita pasal produk2 kecantikan yang kita guna hari2 terutama pada yang mempunyai kulit sensitif macam kita. To those yang ada kulit muka yang sangat2 sensitif mesti susah nak pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kan? Sure kalau tersilap pilih, alamat terkeluar la jerawat kat muka..
 
Jangan kagum sangat..nie bukan kita tau.. haha
Dulu, kita pun main pakai je ape2 produk, kalau lepas seminggu tak sesuai, kita tukar then tukar lagi.. Hmm.. asyik nak try test je..semua tu of cos la guna duit.. kalau mcm nie gaya nye tokey kebun getah pon boleh bankrupt kan..?? So kita pun google la pasal mcm mana nak elakkan kulit dari tumbuh jerawat, berseri2, cun melecun and terjumpa la satu article berkenaan ingredients di dalam pencuci muka, make-up, cream muka yang boleh menyebab kan pori2 muka kita tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh klik Bahan2 Bahaya didalam Produk Kecantikan
 
Haa.. meh kita lihat senarai ingredients yang boleh memudaratkan kulit sensitif..
 
Memang kebanyakan pencuci muka, toner and moisturizer mengandungi kebanyakan bahan2 nie. Tapi kita just focus untuk mengelakkan bahan2 yang rating nye antara 4 dan 5. Rating 5 tu kira bahan yang sangat2 boleh menyumbatkan pori2 kita. Macam kulit kita sangat sensitif dengan segala bahan yang bermula dengan Isopropyl atau Isostearyl yang banyak di gunakan dalam moisturizer dan apa2 juga yang mengandungai Laureth yang di gunakan di dalam kebanyakan pencuci muka. Siap bawak list nie okay bila nak g beli pencuci muka or cream muka. Mana nak ingat semua kan..?
 
Salah satu produk yang tidak menggunakan Isopropyl...

Jadi sebelum nak beli ape juga produk2 kecantikan, semak dulu list2 ingredients yang terkandung di dalam produk tersebut untuk mengelakkan pembaziran duit dan jugak mengelakkan kulit kita jadi makin teruk atau rosak okay..
 
Kalau nak selamat, boleh guna bahan2 yang natural untuk kecantikan. Dulu sebelum kemalasan melanda, hari2 kita buat mask dari buah2an mcm tomato, lemon dan jugak daun lidah buaya. Tapi kene rajin dan maintain.
Gambar hiasan dari internet setelah ku terima kenyataan photography skill ku ke laut..hahaha
 
After 2 weeks buat mask dengan buah2an nie, memang nampak muka kita tersangat berseri dan segar. Tapi, bahan2 nie tak berkesan sangat dengan jerawat dan parut jerawat..maybe kene penggunaan yang berterusan dalam jangkamasa yang lama kot baru effective.
 
Pada yang mempunyai kulit berjerawat yang agak banyak, I suggest you jumpa doktor pakar kulit atau pharmacist samada di guardian atau lain2 pharmacy yg ada pharmacist. Masa kita jumpa doktor pakar kulit kita dulu2, dia ada prescribed kita ubat antibiotik - Doxycycline dan krim sapu Retin A.
Doxycycline - salah satu brand (Gambar hiasan aje tau)
 
Doxycycline nie boleh membunuh kuman dari dalam. Kalau doxycycline, boleh juga di dapati kat klinik2 biasa kalau dia orang ada stock. Tapi kene jumpa doktor dulu. Antibiotik nie kene makan selepas perut kenyang kalau tak, harus la angin satu badan hokey.. Antibiotik nie hanya boleh di makan berterusan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari 6 bulan tidak di galakkan. Jom kita tinjau salah satu artikel berkenaan Doxycycline
 
Retin A pulak boleh menghilangkan jerawat dan juga parut jerawat. Retin A nie ada few brands and harga dia dari RM39-59. Dia ada dalam bentuk gel dan juga cream. Kalau kulit terlalu oily, better ambil yg gel. Selain dapat menghilangkan jerawat dan parut, Retin A  juga bagus untuk menghilangkan kedut2 halus serta boleh tone kan warna kulit kita so tak de warna kulit kita tompok2 mcm kucing.. Thats why ada produk kecantikan di pasaran yang mengandungi Retin A dalam produk dia org.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Retin A  .
Salah satu brand yang famous kat pasaran. Gambar hiasan tau..
 
Tapi berhati2 skit kalau nak pakai Retin A Cream atau Gel nie tau sebab retin A nie sometimes dia mengeluarkan semua jerawat dulu baru la dia akan bersihkan.. Thats why ada orang muka dia makin teruk masa permulaan pakai retin A.. and thats why kita pakai retin A sambil consume Doxycycline so antibiotik tu boleh membunuh segala kuman jerawat dari dalam..so tak keluar ke muka la.. Tapi ada juga orang Ok je pakai retin A semata without makan antibiotik. Tengok kulit juga..
 
Kedua2 ubat nie adalah ubat kawalan so hanya boleh di beli di pharmacy dengan kehadiran pharmacist okay. Kalau kat Guardian, Pharmacist hanya bertugas dari hari Isnin - Sabtu, pagi sampai kul 7 ptg aje..
 
Ira..





 

Friday, 17 May 2013

Jom Exercise sambil Shopping..

Sejak 2-3 hari dok makan telur je, terasa kita cam dah pandai skit nak tulis topic untuk blogging huhuh.. Tajuk atas tu mesti buat suami2, bf2, bapak2 rasa seram2 sejuk kan..? hahaha..


Ok, kali nie kita nak bukak topic shopping sambil membakar kalori.. Tadi dok browse2 pasal cara2 nak mengurangkan lemak dalam badan, terjumpa satu article yang menarik - Shopping can burned calories.. ha..i like okay..

 
Based pada salah satu website yang kita jumpa, shopping selama 30 minit boleh membakar kira2 88 kalori.. Aikk.. mana boley shopping 30 minit.. Cari parking je dah 30 minit, belum lagi start shopping nyer, beratur nak masuk fitting room lagi, keluar masuk kedai lagi kan.. at least 4-5 jam baru cukup.. kalau based on the chart yang dia letak kat website tu, 4 jam shopping boleh membakar kalori sebanyak 701 kcal.. Wahh.. bagus nyer.. Kalau cam tu.. ari2 shopping la.. Kalau husband ke bf tanya, g mana..? Cakap la yang kita nak g exercise.. Kita tak menipu..memang niat nak g shopping mall nak exercise, tapi kalau dah ter'shopping tu..nak wat cam ner, kira tak sengaja la tu..bijak tak..?? Makan telur ari2 agaknye buatkan kita bijak beberapa % kot hahaha
 
Ni ada satu lagi website from Shopping boleh bakar kalori yang tulis berkenaan shopping. Penulis menulis article bertajuk, Shopping Can be Healthy, which makes me feel Yay!! Ini sebahagian daripada article yang di tulis, kalau nak tau further can click on the website address kat atas okay..
 
"Many people fail to see the therapeutic benefits of shopping. Whether this is due to a cynical nature or they just feel that there cannot be anything healthful gained from shopping, they are wrong. There are many benefits to shopping that others may have never even thought of as being healthful or beneficial in any way.."
 
Best tak..?best kan..?
 
Dalam article dalam laman web Groceries Shopping pula suggest yang menolak troley selama satu jam boleh membakar lebih kurang 243 kcal. Banyak gak tu kan..? Bayang kan, shopping je dah membakar beratus2 kalori kita, belum lagi aktiviti mencari parking, tunggu giliran kat toilet, beratur nak bayar tiket parking, beratur nak masuk fitting room, try test baju, beratur kat cashier, menggunakan otak buat keputusan yang susah mcm warna biru ke ijau, nak beli ke tak, nak yg design mcm ni ke yg mcm tu.. Ha, tu semua boleh menolong membakar kalori tau..
Haaa.. idak la sampai cam nie..
 
So, kesimpulan nyer.. moh la kita ramai2 ke shopping mall besok yer.. Esok kan weekend.. Mesti ada yang benci cara shopping gini..?Siapa lagi kalau tak suami2, bf2 bapak2 kita kan..? Sabar okay, nanti kita tulis plak cara untuk menghilang kan stress untuk para2 suami, bf2 dan bapak2.. hehehe
 
Have a nice weekend and happy shopping okay..
 
Ira