The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Thursday 23 May 2013

Kita Cool ke Warm..?

Hmm.. cam dah lama kita tak update erkk.. tetiba terbusy la pulak dengan projek hari raya kita.. Mesti uols dah start shopping baju raya kan? kalau yang nak tempah baju tu, sure awal2 dah p beli kain.. rasa nye bulan nie je dah banyak tailor tak nak ambik tempahan dah.. Kita biasa beli yang ready-made. Senang, esok nak raya pun boleh sempat shopping baju raya lagi..
Tahun nie ape theme colour uols..? harus la yang divas2 gitew.. Kita pun tak sure lagi..Tengah dok pikir2 la nie.. ada ke theme pun..? Setiap tahun kita main hentam kromo je theme2 kita nie.. Sesuai ke tak sesuai dengan kulit kita blakang kira..Yang penting kita la yang paling glamer kat kampung okay..hahah..

Tahun nie kita ingat nak pilih colour yang soft2.. tak moh dah yang 2km jauh pun dah nampak dah colour baju kita. Kulit yg gelap tak gelap, cerah tak cerah mcm kita nie.. tak semua colour boleh in sebenarnye. Silap pilih colour nampak mcm baru datang dari Timbaktu pulak kang. Sejak dah tua2 nie..hahaha baru terperasan jap, pilihan colour tu tak boleh la nak ter 'over' sangat kan.. So, nak cari colour apa yang sesuai ngan kulit kita, teringat pulak kat satu seminar berkenaan Image and Personality yang company kita buat dulu. Based on ape yang Speaker tu kata, colour terbahagi pada 3 kumpulan - Cool, Warm atau Universal. Kulit kita pun sama juga terbahagi pada tiga colour - Cool, Warm and Neutral..

 
Gambar Hiasan - Tone Kulit C-Cool, N-Neutral, W-Warm

Pemilihan warna baju dan cosmetic yang sesuai dengan warna tone kulit kita boleh membuatkan kulit kita berseri2, glowing2,mata akan appear clearer dan warna rambut akan lagi nampak bercahaya..(over gitew) tapi kalau pakai tudung, warna tudung pulak memainkan peranan.. Ok macam mana kulit cool dan macam mana pulak kulit warm..? Ada few test yang uols boleh buat sendiri kat rumah untuk tengok samada kulit uols termasuk dalam kategori cool, warm atau neutral.

1. Fabric Test - Ambil kain/fabric and letak di kulit.. Kalau uols nampak tip top ngan colour hitam, putih, silver dan biru, makna nye uols termasuk dalam golongan cool skin tone, kalau kulit uols better dengan colour brown, off-white ala2 beige, gold dan orange then uols termasuk dalam golongan warm.. Kalau uols nampak cun dengan semua colour then uols termasuk dalam golongan neutral.
 
2. Gold and Silver Test.. if korang nampak berseri2 ngan gold daripada dengan silver means you all dalam kumpulan high maintenance iaitu kategori warm, kalau uols nampak lagi better ngan silver means you all geng kurang maintenance, cool skin tone..

3. Ponytail Test.. Ikat rambut uols.. then thoroughly cuci muka uols ngan cleanser.. Latakkan towel putih di tepi pipi uols atau bahu. Kalau uols nampak muka uols ala2 kekuningan then itu wam skin tone, kalau bluish colour tu makna nyer cool skin tone.
 
4. Genetic factor seperti warna rambut dan mata yang orginal okay.. As a rule of thumb, orang yang termasuk dalam golongan mata biru, hijau atau grey dengan warna rambut blonde, hitam atau brown termasuk dalam golongan cool skin tone. Kalau yang bermata hitam, brown atau hazel dengan rambut hitam, merah, dan brown termasuk dalam golongan warm. Tapi tak semesti nye orang yang bermata cerah seperti grey dan biru termasuk dalam golongan cool skin tone.

Undertone Chart

5. Warna Undertone Kulit kita - Undertone kulit nie actually warna kulit yang mempengaruhi tone kulit kita secara keseluruhan. Even kulit kita bertambah gelap akibat sun burned, warna undertone kita tetap takkan berubah. Undertone skin nie susah untuk dipastikan jika dilihat secara luaran. Untuk mengetahui apakah warna skin undertone kita, kita kene refer pada warna urat/ vein kita tadi. Paling senang nak tengok kat wrist kita atau pergelangan tangan kita. Kalau urat uol appear warna kebiruan atau biru means skin undertone uols is blue and uols termasuk dalam kumpulan cool skin tone. Kalau urat uols nampak kehijauan, uols termasuk dalam golongan warm skin tone.
 
Skin tone yang sesuai untuk kedua warna gold dan silver, mempunyai urat warna biru dan hijau termasuk dalam golongan neutral.
 
After uols dah tau tone kulit uols termasuk dalam kumpulan cool atau warm, uols boleh lah memilih warna pakaian atau cosmetic dengan senang.
 
Warm skin tone nie biasa nye nampak gorgeous dengan rich, earthy colour like bold red, orrange, golden yellow dan hijau, creams, bronze dan warm brown.
 
Cool skin tone sesuai untuk warna seperti lilac, biru, hijau, silver, grey, hitam dan putih. Eventhough hitam dan putih adalah colour universal, tetapi it looks better untuk orang yang mempunyai cool tone skin colour.
 
 
Untuk pemilihan warna baju boleh refer chart nie..
 

Mengetahui kategori skin tone kita juga bagus kalau nak pilih colour alat solek... Dibawah adalah salah satu panduan untuk memilih eye shadow yang sesuai untuk tone kulit kita.
 

 
Kalau uols suka warnakan rambut, boleh juga refer pada panduan di bawah. Macam kita, memang nampak kusam kalau rambut warna hitam, thats why la kita suka colour kan rambut bagi nampak ceria sikit..
 
Cool skin tone sesuai dengan rambut colour champagne, platinum blondes, chestnut, ashy browns atau true black.
 
Kalau group warm macam kita nie sesuai dengan warna golden atau reddish brown, honey blonde, strawberry blonde atau auburn..Colour nie yang macam merah2.. Tapi kita tak pernah la plak warnakan rambut kita merah, takut sama macam Ronald McDonald plak kang hahaha..
 
  
Ok now yang penting kita dah master warna tone kulit kita termasuk dalam group apa.. Once dah tau..senang jer nak jadi cun melecun macam Cik Ta, okay..hahaha
 
Kalau uols tak sure group mana uols belong to, biasa nye beautician atau image consultant boleh advice uols. Kalau uols happen pergi ke shopping mall.. singgah la kat kaunter cosmetic Clinique ke, Shesheido ke..buat2 la mcm nak beli kalau tak nak beli pun and minta advice dari beautician dia samada kulit uols nie warm, cool atau neutral ok.. Bawah nie ada summary chart untuk reference uols..
 
Pada yang mempunyai tone colour neutral, sila guna satu colour each time..meaning, kalau uols guna colour warm on that day, jangan la campur2.. baju colour warm, make up colour cool, lipstic warm, kasut cool.. nanti orang ingat uols peserta maharaja lawak lak kang.. pakai 13 colour..
 
 
Ok uols..try test okay.. Have a nice long weekend ye.. yay! esok cuti..
 
Ira
 
 


Monday 20 May 2013

Kecantikan yang Abadi...

Ha.. Over sangat tajuk kita ari nie..hahaha actually kita nak cerita pasal produk2 kecantikan yang kita guna hari2 terutama pada yang mempunyai kulit sensitif macam kita. To those yang ada kulit muka yang sangat2 sensitif mesti susah nak pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kan? Sure kalau tersilap pilih, alamat terkeluar la jerawat kat muka..
 
Jangan kagum sangat..nie bukan kita tau.. haha
Dulu, kita pun main pakai je ape2 produk, kalau lepas seminggu tak sesuai, kita tukar then tukar lagi.. Hmm.. asyik nak try test je..semua tu of cos la guna duit.. kalau mcm nie gaya nye tokey kebun getah pon boleh bankrupt kan..?? So kita pun google la pasal mcm mana nak elakkan kulit dari tumbuh jerawat, berseri2, cun melecun and terjumpa la satu article berkenaan ingredients di dalam pencuci muka, make-up, cream muka yang boleh menyebab kan pori2 muka kita tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh klik Bahan2 Bahaya didalam Produk Kecantikan
 
Haa.. meh kita lihat senarai ingredients yang boleh memudaratkan kulit sensitif..
 
Memang kebanyakan pencuci muka, toner and moisturizer mengandungi kebanyakan bahan2 nie. Tapi kita just focus untuk mengelakkan bahan2 yang rating nye antara 4 dan 5. Rating 5 tu kira bahan yang sangat2 boleh menyumbatkan pori2 kita. Macam kulit kita sangat sensitif dengan segala bahan yang bermula dengan Isopropyl atau Isostearyl yang banyak di gunakan dalam moisturizer dan apa2 juga yang mengandungai Laureth yang di gunakan di dalam kebanyakan pencuci muka. Siap bawak list nie okay bila nak g beli pencuci muka or cream muka. Mana nak ingat semua kan..?
 
Salah satu produk yang tidak menggunakan Isopropyl...

Jadi sebelum nak beli ape juga produk2 kecantikan, semak dulu list2 ingredients yang terkandung di dalam produk tersebut untuk mengelakkan pembaziran duit dan jugak mengelakkan kulit kita jadi makin teruk atau rosak okay..
 
Kalau nak selamat, boleh guna bahan2 yang natural untuk kecantikan. Dulu sebelum kemalasan melanda, hari2 kita buat mask dari buah2an mcm tomato, lemon dan jugak daun lidah buaya. Tapi kene rajin dan maintain.
Gambar hiasan dari internet setelah ku terima kenyataan photography skill ku ke laut..hahaha
 
After 2 weeks buat mask dengan buah2an nie, memang nampak muka kita tersangat berseri dan segar. Tapi, bahan2 nie tak berkesan sangat dengan jerawat dan parut jerawat..maybe kene penggunaan yang berterusan dalam jangkamasa yang lama kot baru effective.
 
Pada yang mempunyai kulit berjerawat yang agak banyak, I suggest you jumpa doktor pakar kulit atau pharmacist samada di guardian atau lain2 pharmacy yg ada pharmacist. Masa kita jumpa doktor pakar kulit kita dulu2, dia ada prescribed kita ubat antibiotik - Doxycycline dan krim sapu Retin A.
Doxycycline - salah satu brand (Gambar hiasan aje tau)
 
Doxycycline nie boleh membunuh kuman dari dalam. Kalau doxycycline, boleh juga di dapati kat klinik2 biasa kalau dia orang ada stock. Tapi kene jumpa doktor dulu. Antibiotik nie kene makan selepas perut kenyang kalau tak, harus la angin satu badan hokey.. Antibiotik nie hanya boleh di makan berterusan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari 6 bulan tidak di galakkan. Jom kita tinjau salah satu artikel berkenaan Doxycycline
 
Retin A pulak boleh menghilangkan jerawat dan juga parut jerawat. Retin A nie ada few brands and harga dia dari RM39-59. Dia ada dalam bentuk gel dan juga cream. Kalau kulit terlalu oily, better ambil yg gel. Selain dapat menghilangkan jerawat dan parut, Retin A  juga bagus untuk menghilangkan kedut2 halus serta boleh tone kan warna kulit kita so tak de warna kulit kita tompok2 mcm kucing.. Thats why ada produk kecantikan di pasaran yang mengandungi Retin A dalam produk dia org.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Retin A  .
Salah satu brand yang famous kat pasaran. Gambar hiasan tau..
 
Tapi berhati2 skit kalau nak pakai Retin A Cream atau Gel nie tau sebab retin A nie sometimes dia mengeluarkan semua jerawat dulu baru la dia akan bersihkan.. Thats why ada orang muka dia makin teruk masa permulaan pakai retin A.. and thats why kita pakai retin A sambil consume Doxycycline so antibiotik tu boleh membunuh segala kuman jerawat dari dalam..so tak keluar ke muka la.. Tapi ada juga orang Ok je pakai retin A semata without makan antibiotik. Tengok kulit juga..
 
Kedua2 ubat nie adalah ubat kawalan so hanya boleh di beli di pharmacy dengan kehadiran pharmacist okay. Kalau kat Guardian, Pharmacist hanya bertugas dari hari Isnin - Sabtu, pagi sampai kul 7 ptg aje..
 
Ira..





 

Friday 17 May 2013

Jom Exercise sambil Shopping..

Sejak 2-3 hari dok makan telur je, terasa kita cam dah pandai skit nak tulis topic untuk blogging huhuh.. Tajuk atas tu mesti buat suami2, bf2, bapak2 rasa seram2 sejuk kan..? hahaha..


Ok, kali nie kita nak bukak topic shopping sambil membakar kalori.. Tadi dok browse2 pasal cara2 nak mengurangkan lemak dalam badan, terjumpa satu article yang menarik - Shopping can burned calories.. ha..i like okay..

 
Based pada salah satu website yang kita jumpa, shopping selama 30 minit boleh membakar kira2 88 kalori.. Aikk.. mana boley shopping 30 minit.. Cari parking je dah 30 minit, belum lagi start shopping nyer, beratur nak masuk fitting room lagi, keluar masuk kedai lagi kan.. at least 4-5 jam baru cukup.. kalau based on the chart yang dia letak kat website tu, 4 jam shopping boleh membakar kalori sebanyak 701 kcal.. Wahh.. bagus nyer.. Kalau cam tu.. ari2 shopping la.. Kalau husband ke bf tanya, g mana..? Cakap la yang kita nak g exercise.. Kita tak menipu..memang niat nak g shopping mall nak exercise, tapi kalau dah ter'shopping tu..nak wat cam ner, kira tak sengaja la tu..bijak tak..?? Makan telur ari2 agaknye buatkan kita bijak beberapa % kot hahaha
 
Ni ada satu lagi website from Shopping boleh bakar kalori yang tulis berkenaan shopping. Penulis menulis article bertajuk, Shopping Can be Healthy, which makes me feel Yay!! Ini sebahagian daripada article yang di tulis, kalau nak tau further can click on the website address kat atas okay..
 
"Many people fail to see the therapeutic benefits of shopping. Whether this is due to a cynical nature or they just feel that there cannot be anything healthful gained from shopping, they are wrong. There are many benefits to shopping that others may have never even thought of as being healthful or beneficial in any way.."
 
Best tak..?best kan..?
 
Dalam article dalam laman web Groceries Shopping pula suggest yang menolak troley selama satu jam boleh membakar lebih kurang 243 kcal. Banyak gak tu kan..? Bayang kan, shopping je dah membakar beratus2 kalori kita, belum lagi aktiviti mencari parking, tunggu giliran kat toilet, beratur nak bayar tiket parking, beratur nak masuk fitting room, try test baju, beratur kat cashier, menggunakan otak buat keputusan yang susah mcm warna biru ke ijau, nak beli ke tak, nak yg design mcm ni ke yg mcm tu.. Ha, tu semua boleh menolong membakar kalori tau..
Haaa.. idak la sampai cam nie..
 
So, kesimpulan nyer.. moh la kita ramai2 ke shopping mall besok yer.. Esok kan weekend.. Mesti ada yang benci cara shopping gini..?Siapa lagi kalau tak suami2, bf2 bapak2 kita kan..? Sabar okay, nanti kita tulis plak cara untuk menghilang kan stress untuk para2 suami, bf2 dan bapak2.. hehehe
 
Have a nice weekend and happy shopping okay..
 
Ira


Jom Diet.. The Humpty Dumpty Diet

Dah lama rasa tak dapat nak cerite pasal tempat makan yang best2.. skarang nie kita tengah on diet (yang tak tau ke berapa kali dah cakap mcm nie).. Kali nie harap2 betul2 menjadi la, aminnn.. Kali nie kita nak cerita pasal cara berdiet yang kita syok sendiri panggil, the Humpty Dumpty Diet.. Cara berdiet lain yg kita dok try2 tu memang ke laut dah.. tak kuat iman hahaha

Uoals dah breakfast ke belum..?Kita dah 3 hari makan telur untuk breakfast..huhuhu
Ape tu Humpty Dumpty Diet???

Al-kisah nye hari tu dok melepak ngan kawan kat kedai mamak..lepas habis makan mcm tak ingt dunia.. masa nak balik dia cerita pasal kawan pada kakak nye ada jumpa doktor untuk consult pasal berat badan. So, doktor nie bagi dia satu tips diet yang berkesan cepat. Dia kata makan 2 biji telur waktu pagi as breakfast, 2 biji telur waktu tengah hari for lunch dan 2 biji telur waktu malam untuk dinner. Cara penyediaan telur nie tak kisah, nak buat telur separuh masak ke, telur dadar ke, telur mata ke, telur sambal ke.. Yang penting makan telur je..jangan makan benda lain.. Air pulak tak kisah nak minum air manis atau tawar. Kata nya air akan keluar bila kita buang air kecik.. Makanan biasa nya lambat nak hadam,  dan sebahagian dari makanan tu ada yang akan jadi lemak tepu.. Tu yang liat nak turun berat badan tu..

Kalau pikir2 pasal apa doktor tu cakap..logik gak.. Jom kita check berapa banyak kalori yang badan kita perlukan sehari untuk maintain berat cam skarang nie.. Nie kita wat kita nye based on kalori kita.. Jangan gelak tau..


Ha tu la.. tapi kita sorok la umur tu hahaha.. idak la rasa nak tayang kat satu Malaysia nie.. So, based on calorie calculator nie, badan kita perlukan 1,580 kalori sehari untuk main berat badan yang sedia ada nie ha.. banyak gak tu kan.. Kalau nak turun kan berat badan, kita kene kurangkan pengambilan kalori kita sehari sebanyak 316 menjadikan total pengambilan kalori sehari kita turun dari 1,580 ke 1,264 je.. Tapi bila kita diet mcm yang doktor tu syorkan, makan telur je hari2 untuk breakfast, lunch and dinner.. pengambilan kalori kita hanya 480 sehari (tapi tak termasuk air manis). Kalau termasuk minuman manis mungkin pengambilan kalori harian kita still tak sampai 1,000 kcal pun..


Ok cuba bayangkan, sebiji telur yang masak rebus atau goreng mengandungi 72 - 75 kandungan kalori je.. Sehari makan 6 biji, so sure la total consumption just >480 kcal aje kan..?
 
Kalau kita google pasal kandungan nutrients dalam telur nie, memang banyak khasiat nya. Salah satu yang kita nak share nutrient facts yang kita ambik dari wikipedia..
Actually senarai tu panjang, plus kita tak terer sangat IT nie..ha so setakat nie je la dapat copy nye hihihihi.. Kalau uol nak tau lebih lanjut boleh visit wikipedia..
 
Back to diet telur nie, kawan kita kata kawan kakak dia tu diet dengan cara nie selama 2 minggu dan berjaya menurun kan berat badan dia sampai baju2 lama pun dah muat. Berapa kg tu, kita tak tau la pulak.. Tapi sekarang kita dah amalkan diet nie selama 3 hari termasuk ari nie...so far so good.. tak der la rasa mcm sentiasa lapar.. makan telur 2 biji dah kenyang sampai tengah hari pun boleh tahan... Hari first tu memang susah sebab tak biasa kan (ada gak tipu..kita makan ikan goreng kecik je size ikan tu for dinner plus telur 2 biji hehehe).. Tapi hari kedua ngan ketiga dah okay dah, tak der terseksa sangat..

Lagi satu yang kita perasan.. kita mcm tak ada selera sangat nak makan. Maybe telur nie buatkan kita hilang selera makan..? Jap kita google lagi.. Ok, nie salah satu article from http://loseyourappetite.com/foods-suppress-appetite/

Eggs

The protein in eggs is an excellent source of appetite suppression. The lean protein in eggs can keep you full for a long period. Protein is one of the leaders when it comes to appetite suppression as it keeps you feeling full longer. Eggs for breakfast can control the appetite through the morning hours.

Owh..! no wonder la kita rasa kenyang even makan telur separuh masak 2 biji setiap pagi.. Ok la you guys.. selamat mencuba okay diet nie.. Tapi kalau ada masalah kesihatan, please consult your doctor first. Selama 3 hari kita try diet nie, berat kita dah turun 1.8 kgs.. setiap hari berat badan kita akan turun antara 0.8 to 1 kg.. hehehe i like..
 
Ni ada link untuk pengiraan kalori dan kandungan kalori dalam telur untuk uol yang nak tau more okay..
Pengiraan Kalori
Kandungan Kalori Dalam Telur

Jom jadi warga Malaysia yang slim2..hehehe

Ira..
 

Tuesday 14 May 2013

Jalan2 moh makan - Steamboat

Kali nie nak bercerita pasal steamboat..sambil2 tu nak mempromote produk sendiri nie - Sos pencicah steamboat..
Sos Pencicah Steamboat Ira Ilko - Home Made..
Kalau uols suka makan steamboat kat Johnny's, Coccoa, Shabu2, Pak John atau yang kat lori cucuk2 tu.. sure uol tau konsep steamboat nie.. Kalau di restaurant steamboat, satu piring fishball atau seafood (dalam 4-6 ketul) harga nye dalam RM3.90 ke RM6.90. Kalau makan sekeluarga boleh cecah RM80 ke atas.. Kalau yang cucuk2 kat lori tu murah sikit.. satu cucuk RM1.00 ke RM1.50...

Sos pencicah steamboat Ira Ilko nie actually dari resepi orang cina. Orang cina dia kenal steamboat sebagai hot pot. So, thats why nama sos nie oriental steamboat - oriental tu menggambar kan chinese..

Bahan2 untuk steamboat..
 
Bahan2 untuk buat steamboat nie senang ajer.. Fish cakes and fish ball yang pelbagai, ada jual kat Tesco, Giant dan supermarket lain.. Udang, isi ayam (boneless chicken), daging, sotong and kalau banyak duit leh tambah ketam.. sayur2 untuk steamboat.. kobis panjang, cendawan jepun, batang sup.. Untuk mee nye pulak, mee hoon pun boley, mee bayam pun boleh (ada jual kat tesco bahagian sejuk2 tu)..
 
Untuk sup nye pulak.. biasa nye we all guna air  dalam 2 liter then campak2 je.. cube pati ayam knorr satu, bawang goreng satu sudu, sos tiram satu sudu, lada putih and garam secukup rasa.. Kalau yang tom yam sup tu.. mcm tak blajar lagi plak..hahaha..
 
Sabar erkk..tunggu dia mendidih dulu.. kalau lapau ngat g makan biskut dulu..
 
Lepas tu..biar panas skit sup nyer..then masukkan apa2 fish cakes or seafood tadi ke dalam sup and biar kan mendidih..
 


 
Lepas tu boleh start aktiviti cicah mencicah sos oriental steamboat Ira Ilko and.. ngap ngap ngap... 
 
Sos pencicah steamboat Ira Ilko nie bukan hanya boleh di makan dengan steamboat jer tau.. Sedap jugak di makan dengan udang atau sotong goreng tepung, kerang rebus, keropok ikan dan lain2..
 
Semalam buat kerang rebus, cicah ngan sos nie..perghh.. hahaha puji diri sendiri tak hingat..
 
 
Perghhhhhh.... dah lama tak pekena kerang rebus nie..
 
Buat masa nie sos steamboat nie boleh di dapati di area shah alam dan Bandar Baru Nilai di kedai Nilai Muslim Shoppe, berdekatan dengan Maybank Bandar Baru Nilai dan terbaru di Danau Kota (kiosk steamboat cucuk2) dan di Klang. Di tempat2 lain belum ada lagi agen nyer.. Insyaallah dalam masa terdekat..
 
Kalau terliur2 tengok sos nie nanti atau nak tanya lebih lanjut boleh tinggal kan komen hokey..
 
Meh la try test...
 
Ira
 



Budget Travel - Fun Time at Library Shah Alam

Hi uols.. weekend lepas tak tau nak bawak Abang Izz (my nephew) kat mana.. kalau g shopping mall, alamat kene pow beli mainan la jawab nye.. tengah2 bulan nie better bawak anak2 or family ke tempat yang tak mengeluar kan aliran tunai yang banyak..hahaha.. So, hari nie nak bawak Abang Izz g Library Shah Alam - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Sekarang nie kan PPAS sibuk kempen supaya orang ramai menjadikan PPAS sebagai rumah kedua..

Luas dan selesa untuk belajar..
Perpustakaan Shah Alam nie actually dalam Kelab Golf Sultan Abdul Azis Shah, seksyen 13.. Dulu library nie kat tengah2 bandaraya Shah Alam sebelum di pindah kan ke sini few years ago... Bangunan baru nie lagi best, pemandangan cantik mengadap tasik.. Ada 3 tingkat.. Kids section di ground floor, teenage section 1st floor, adult section di tingkat 2 dan 3.

                     
 

                                             View Tingkat 2 dan 3..
 
Sofa2 dan kerusi santai untuk group discussion, atau yang just nak baca novel atau nak tido..hahaha.. pernah okay ada org siap berdengkur atas kerusi nie..
 
 
Okay, now kita pergi ke kids' section.. Ha, bagus jugak bawak anak2 ke sini sekali skala.. harap2 nanti dia org nie suka membaca la.. tapi kenapa mcm jadik lain jerk.. lari2, golek2 lak keje dia bebudak nie..memang buat mcm umah sendiri pulak..hahaha..
 
 

At Kids' Section, ada sudut TV.. di tayangkan citer kartun Bees.. best la budak2 tu boleh bersantai sambil tengok movie..
 


 

 

Ruangan untuk kanak2 nie sangat2 selesa.. Masuk library nie kene tanggal kasut so boleh la kalau nak baring2, golek2 atas karpet tu.. memang selesa.. Library nie ada free wifi so parents boleh la sambil teman anak2, sambil layan fb ke, ig ke erkk.. hihihi
 Ha itu dia anak sedara ku.. boleh lak di buat nyer gelongsor rak2 buku tu..nasib tak kene marah ngan guard..hihih

Salah satu rak yang penuh dengan buku pelbagai bahasa... Bahasa Melayu, India, Cina and Arab..
 
 Ada jugak dia org sediakan PC untuk budak2 nak belajar menggunakan PC.. Tapi tak banyak so siapa cepat dia dapat gitew..
 
 
No entrance fee kat library nie.. Kalau nak daftar jadi ahli pun mudah.. Just register online tak sampai seminit.. then boleh pinjam 3 buku skali pinjam. Kalau nak charge laptop or phone, hanya RM1.00 untuk the whole day usage.. Plug point pun banyak kat sini..
 
Jom..
 
Ira


Monday 13 May 2013

Jalan2 Meh Makan - Burger Bakar Pinggiran USJ

Cakap2 pasal burger bakar yang sangat yummy dan trendy di pasaran, teringat kat burger bakar kat area rumah.

Memang sempoi packaging dia..
 
Aku suka Burger Bakar Sempoi Pinggiran USJ nie sebab daging dia sedap, tak kering, still got a little bit of moisture.. Roti bun bijan nye lembut.. Topping dia mayonnaise, timun, kobis hiris, hirisan carrot, cheese sauce dan sos cili.. Very de yummy..
 

 
 
Lagi satu yang best, Burger Bakar Sempoi nie just RM5.00.. so boleh la makan 2.. (tidak di galakkan kepada yang sedang berdiet)..
 
Kalauu teringin, jemput la ke Pinggiran USJ 1.. Taman perumahan nie bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan berdekatan dengan area Batu Tiga Shah Alam.
 

Makanan2 lain yang sedap lagi canggih di sini ialah Mee Rebus Ketam... Mee rebus ketam nie pun sedap, tapi kuah nye ada masin sikit.. Aku memang jenis tak kuat masin. Tapi ada kata OK je kuah nye.. Ikut lidah masing2.. Tapi rasa memang sedap..

Disebelah nye ada gerai Char Kuew Teow... char kuew teow dia memang best.. Anak sedara aku yang umur 5 tahun tu, tiap2 malam order char kuew teow tak nak pedas kat sini.. portion char kuew teow dia pun banyak. Harga RM4.00..

Selamat mencuba..

Ira


Thursday 9 May 2013

Budget Holiday - Perth 2012


Bila dengar aje ada tambang murah, ha apa lagi..semua cepat2 online tengok mana destinasi yang paling murah tiket nye untuk bercuti kan..? Last year, we all dapat tiket tambangg murah ke Perth. Satu kepala below RM500, pergi balik dah campur tax bagai.. murah la kan..? so apa lagi..ha tu dia..rombongan Cik Kiah ke Perth gitew...

Ha tu dia...Kumpulan Cik Kiah yang glamer..
Sampai Perth airport, we all sewa kereta. Sebab kalau kira2 tiket naik train dengan sewa kereta, lagi untung sewa kereta. We all pergi 6 hari 5 malam so sewa kereta dalam RM400++ untuk 6 hari tu la.. Yang best sewa kereta kat airport nie, kita akan dapat kereta yang tangki penuh minyak so tak payah nak susah2 cari station minyak.. Tapi, bila pulangkan kereta tu, kita kene pulangkan dengan tangki minyak yang penuh jugak otherwise dia akan charged kita harga minyak untuk tangki penuh mengikut company sewa kereta tu punya rate, yang mana sangat mahal. Lagi satu, better juga sewa skali GPS kat sini sebab nanti nak gi mana2 senang..
Kat sini la we all sewa kete..

Model2 kete sewa..
Since we all dalam 8 orang dewasa dan 2 kanak2, we decided to stay in a home stay kat sana. So we all pun menyewa rumah Summerset Holiday House di Jalan Summerset. Rumah nie memang convinient.. Dekat dengan Victoria Shopping Mall, dalam few minutes drive to town yang banyak makanan muslims.. Sewa rumah nie dalam RM400 sehari. Ada 10 katil, dapur memasak, ruang tamu yang besar, dining table dan halaman yang luas untuk budak2 main lari2... Tuan rumah dia, duduk sebelah rumah je..
Ni la rumah nyer.. kat luar buruk je..mcm umah Tok kat kampung lagi lawa..
Ruang Tamu.. anak sedara aku mana2 nak tido depan TV so bentang toto la.. Tuan rumah siap sediakan extra blanket, bantal and comforter kat dalam almari..
View dari dalam bilik direct ke dapur..
View salah satu bilik.. Pintu tu menuju ke lagi satu bilik yang ada 5 single bed..

Tapi yang best nyer, time tu spring nak ke summer tapi still sejuk.. Cuaca dia tak menentu sangat, hari nie sejuk..esok panas giler..lusa sejuk balik..so better bawak baju sejuk sebagai persediaan.. Kalau time sejuk suhu dalam 16-18 jugak la.. Tuan rumah sebelah ada tanam pokok raspberry.. so ape lagi, dengan muka tak malu macam kat malaysia mintak jiran sebelah nak kait mangga, we all mintak la nak petik buat raspberry..



Kat Perth nie banyak giler zoo or animal sanctuary.. so, pilih satu je la sebab mostly binatang yang ada kat zoo dia org serupa- kangaroo, wombat, dare devil, penguin.. we all pergi ke Caversham Zoo dengan Penguin Island. Tiket masuk ke zoo and island nie memang mahal la, since dah convert ke RM kan.. So, to save budget..just pilih je salah satu.. Tapi di Caversham tak ada Penguin.. Tapi masa we all pergi ke Penguin Island pun tak nampak penguin nyer..yang ada dalam dia punya care centre, like pertunjukan feed the penguin.. so tak berbaloi sangat g Penguin Island.. Tiket adult untuk masuk Coversham AUD 23  and AUD 10 for kids...
Jumpa gak sedara kat Coversham nie.. huhuhu

Jetty untuk pergi ke Penguin Island.. Tiket dalam AUD18 untuk dewasa..

Kalau suka shopping boleh pergi ke Harbour Town.. Sini banyak barangan branded yang murah. Cotton On ngan Levi's murah giler.. Levi's tu nasib baik tak der size aku jer.. Bayangkan jean Levi's yang kat sini almost RM400, kat sana below RM200.. Sakit hati tak..? Skirt Cotton On pulak, kat malaysia 1 RM60, kat sana aku beli RM15.. hahaha.. sakit jiwa tengok.. jadi orang giler pun ada dah.. borong habis..

 Rasa mcm orang kaya2 pulak pegang banyak shopping bag..hahaha
Bigfoot nyer kasut hilang sebelah..

Jangan lupa makan signature dish di Perth, Fish and Chips.. Yummy sangat..Kalau kat Malaysia, kebanyakan fish n chips di buat dari ikan dori yang cepat muak.. kat sini dari red snapper.. memang lazat berkrim.. 2 hari berturut2 datang sini makan fish n chips..

nyum nyum nyum.. kalau nak extra tar tar sos, kene beli..AUD 0.50 sepaket..

Tempat2 lain yang menarik, Swanbell and Kings Park, Freemantle Market untuk beli souvenir and not to forget..Little London kat Perth City Centre.. Yang nie semua masuk free, tapi barang nak beli tak free la ye hihihih...
 Freemantle dekat ngan fish n chips restaurant
City view dari Kings Park

 Menu fish n chips fast food

Mia dah grab satu kangaroo kat Freemantle Market..

So after 6 hari di Perth, rombongan Cik Kiah pun pulang la ke tanahair tercinta gitew.. Sebab nak murah, flite balik we all pukul 5 pagi.. so apa lagi..tido kat airport la jawab nyer..


Lepak kat airport.. tapi semt gak shopping lagi kat airport..

Kereta dah pulang before 12 midnite sebab kalau lepas tu dah di kira one more day.. so nak save.. pulang kan kete and just drop the ket kat key box yang di sediakan dan mula la acara melepak di airport..