The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Thursday, 27 June 2013

Scar Regime - Tamanu Oil

Rasasanye mcm dah lama kita tak update blog kan.. mcm2 hal campur dengan kemalasan melanda tu la yang lama tak bukak blog.. hari nie tetiba rajin balik. Kali nie kita nak share dengan uols pasal scar repair oil yang kita jumpa di google.

Gambar Hiasan.. bukan kita...
Kita tengah pening sebab nak mencari cream ape la yang bagus untuk hilangkan parut2 bekas jerawat kat muka kita nie. Parut nye tak de la teruk sangat tapi effect dia berbekas di hati jugak la.. Kita pernah pakai few scar treatment products tapi mcm tak sesuai dengan kulit kita.. Ni experience kita:

Bio-oil tapi dia mcm menggelap kan kulit kita pula, lagi pun dia ada isoprophyl myristate yg boleh menutup pori2 kulit dan menggalakkan pertumbuhan jerawat pada kita yang kulit sangat sensitive.

Organic Aid Vitamin E.. hmm.. ok, kita sangat2 suka cream nie..tak greasy, no sign of acne even dah pakai untuk 2 botol.. tapi kan kulit kita gelap lak jadi nya.
 
Tabitha Acne Set ..takut nak continue pakai sebab mcm2 negative remarks kita baca. Kita pakai pun kejap aje dalam masa 2 minggu mcm tu je.. memang jerawat semua mati time pakai tu tapi kulit pedih sebab toner dia kuat sangat..
 
Maderma pun pernah try.. after few days taruk mederma, parut tu jadi makin hitam.. pastu dia akan tanggal selapis by selapis tapi sangat2 slow. Kita tak favour sangat sebab dia mcm melekit sikit la.. tak best plak rasa..

Cica care silicon sheet memang sangat2 berkesan even for box scar yang tak teruk sangat. Tapi, kalau keluar rumah takkan la nak tunjuk kat semua org muka bertampal kan..Mcm tak senonoh pulak.. Lagi pun bila pakai silicon sheet nie, kene letak plaster biar dia lekat kuat..Kalau tak, tetiba je rasa silicon sheet tu dah entah ke mana cicir nye.. dah la mahal, kalau hilang..haru...
 
So.. yang terbaru kita jumpa and akan try (tengah tunggu delivery la nie) is TAMANU OIL. Tamanu oil nie tak famous sangat di Malaysia.. maybe tak ramai org tau lagi tapi bila google kita jumpa few stokis di Malaysia yang menjual Tamanu Oil ni. Tamanu oil di jual between RM69 to RM89.
 
Pokok Tamanu

Tamanu oil nie diperbuat dari biji buah Tamanu yang di keringkan. According to Wikipedia pokok Tamanu nie berasal dari Africa in: Comoros; Kenya; Madagascar; Mauritius; Mozambique; Seychelles; Tanzania (including Pemba Island of the Zanzibar Archipelago); south, southeast and east Asia in: Burma; Cambodia; China (on Hainan); southern India; Indonesia; Japan (Ryukyu Islands); Malaysia; Papua New Guinea; the Philippines; Sri Lanka; Taiwan; Thailand; Vietnam; the northwestern, southwestern and south central Pacific Region in: the Cook Islands; Fiji; French Polynesia (Marquesas and Society Islands); Guam; the Marshall Islands; Micronesia; the Northern Mariana Islands; Palau; and Samoa; and in Australia in: Northern Territory and Queensland.
 
Minyak dari biji buah Tamanu dipercayai boleh regenerate tissue dan seterus nye menghilangkan parut2, tak kira ape juga parut yang ada. Ha... very tempting kan?? Sangat menarik dan tertarik gitew..
 
Biji Buah Tamanu
 
Article dari salah satu blog yang kita jumpa menulis berkenaan kelebihan Tamanu Oil:
"Tamanu oil soothes and softens skin while it works to reduce foot and body odor. Tamanu oil is the traditional oil used by Polynesian women for promoting healthy, clear, blemish-free skin. Facial oil treatments with tamanu could help clear acne and fade acne scars in those who have a dry, chapped facial skin type, however it is a bit too heavy for those with sensitive facial skin."
 
Menurut ethnobotanist Chris Kilham di dalam article nye, tamanu is one of the most effective agents in promoting the formation of new tissue, thereby accelerating wound healing and the growth of healthy skin. This process is known as cicatrization  di dalam medical terms. Essentially, it means that tamanu oil is a powerful skin regenerator.
 
Tamanu telah diguanakn sejak berzaman untuk menyelesaikan segala masalah kulit dan sangat berkesan sebagai antioxidant, anti-bacterial and anti-inflammatory. Untuk baca lebih lanjut Info Tamanu Oil lebih lanjut dari website berkenaan.
 
Didalam satu article lain pula menyebut tamanu oil promoting formation of new skin tissue replacing the old scar tissue caused by acne. Bukan itu saja, Tamanu oil juga boleh menghilangkan jerawat kerana dia bertindak membunuh bakteria. Fungsi tamanu oil nie lebih kurang minyak kelapa dara tetapi lagi bagus kerana dia boleh menghilangkan parut. Yang penting dia 100% natural tanpa apa2 chemical yang berbahaya so sangat selamat di gunakan.
Pure Tamanu Oil - warna hijau
 
Minyak Tamanu nie sesuai untuk semua jenis parut termasuklah parut jerawat, stretch mark, surgery dan chicken pox. Bukan saja boleh menghilangkan parut, minyak tamanu juga sangat berkesan untuk menghilangkan pigmentasi, jerawat, eczema, kurap dan lain2 penyakit kulit. Uols boleh baca some Tamanu Oil User Testimony disini. 
 
So far, product over the counter yang ada kandungan Tamanu is Bio-Essence set Tanaka. Kalau nak menggunakan minyak Tamanu untuk muka make sure its 100% pure Tamanu oil tau. Ini ada more info on Tamanu Oil.
 
Sebelum dan selepas menggunakan Tamanu Oil - gambar dari one of the Tamanu Oil Website
 
Ok la.. kita dah order dah minyak Tamanu kita online last week.. Harap2 this week dapat la.. tak sabar gak nak guna bila dah baca banyak article pasal kelebihan minyak nie. Nak tengok sesuai ke tak ngan muka kita. Ada orang kata kalau muka prone to tumbuh jerawat, sensitive jangan pakai pa pe minyak pun.. hmm.. okay la kita try dulu nanti kita update mcm mana gaya nyer yer..


 
 

1 comment: