The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Thursday 23 May 2013

Kita Cool ke Warm..?

Hmm.. cam dah lama kita tak update erkk.. tetiba terbusy la pulak dengan projek hari raya kita.. Mesti uols dah start shopping baju raya kan? kalau yang nak tempah baju tu, sure awal2 dah p beli kain.. rasa nye bulan nie je dah banyak tailor tak nak ambik tempahan dah.. Kita biasa beli yang ready-made. Senang, esok nak raya pun boleh sempat shopping baju raya lagi..
Tahun nie ape theme colour uols..? harus la yang divas2 gitew.. Kita pun tak sure lagi..Tengah dok pikir2 la nie.. ada ke theme pun..? Setiap tahun kita main hentam kromo je theme2 kita nie.. Sesuai ke tak sesuai dengan kulit kita blakang kira..Yang penting kita la yang paling glamer kat kampung okay..hahah..

Tahun nie kita ingat nak pilih colour yang soft2.. tak moh dah yang 2km jauh pun dah nampak dah colour baju kita. Kulit yg gelap tak gelap, cerah tak cerah mcm kita nie.. tak semua colour boleh in sebenarnye. Silap pilih colour nampak mcm baru datang dari Timbaktu pulak kang. Sejak dah tua2 nie..hahaha baru terperasan jap, pilihan colour tu tak boleh la nak ter 'over' sangat kan.. So, nak cari colour apa yang sesuai ngan kulit kita, teringat pulak kat satu seminar berkenaan Image and Personality yang company kita buat dulu. Based on ape yang Speaker tu kata, colour terbahagi pada 3 kumpulan - Cool, Warm atau Universal. Kulit kita pun sama juga terbahagi pada tiga colour - Cool, Warm and Neutral..

 
Gambar Hiasan - Tone Kulit C-Cool, N-Neutral, W-Warm

Pemilihan warna baju dan cosmetic yang sesuai dengan warna tone kulit kita boleh membuatkan kulit kita berseri2, glowing2,mata akan appear clearer dan warna rambut akan lagi nampak bercahaya..(over gitew) tapi kalau pakai tudung, warna tudung pulak memainkan peranan.. Ok macam mana kulit cool dan macam mana pulak kulit warm..? Ada few test yang uols boleh buat sendiri kat rumah untuk tengok samada kulit uols termasuk dalam kategori cool, warm atau neutral.

1. Fabric Test - Ambil kain/fabric and letak di kulit.. Kalau uols nampak tip top ngan colour hitam, putih, silver dan biru, makna nye uols termasuk dalam golongan cool skin tone, kalau kulit uols better dengan colour brown, off-white ala2 beige, gold dan orange then uols termasuk dalam golongan warm.. Kalau uols nampak cun dengan semua colour then uols termasuk dalam golongan neutral.
 
2. Gold and Silver Test.. if korang nampak berseri2 ngan gold daripada dengan silver means you all dalam kumpulan high maintenance iaitu kategori warm, kalau uols nampak lagi better ngan silver means you all geng kurang maintenance, cool skin tone..

3. Ponytail Test.. Ikat rambut uols.. then thoroughly cuci muka uols ngan cleanser.. Latakkan towel putih di tepi pipi uols atau bahu. Kalau uols nampak muka uols ala2 kekuningan then itu wam skin tone, kalau bluish colour tu makna nyer cool skin tone.
 
4. Genetic factor seperti warna rambut dan mata yang orginal okay.. As a rule of thumb, orang yang termasuk dalam golongan mata biru, hijau atau grey dengan warna rambut blonde, hitam atau brown termasuk dalam golongan cool skin tone. Kalau yang bermata hitam, brown atau hazel dengan rambut hitam, merah, dan brown termasuk dalam golongan warm. Tapi tak semesti nye orang yang bermata cerah seperti grey dan biru termasuk dalam golongan cool skin tone.

Undertone Chart

5. Warna Undertone Kulit kita - Undertone kulit nie actually warna kulit yang mempengaruhi tone kulit kita secara keseluruhan. Even kulit kita bertambah gelap akibat sun burned, warna undertone kita tetap takkan berubah. Undertone skin nie susah untuk dipastikan jika dilihat secara luaran. Untuk mengetahui apakah warna skin undertone kita, kita kene refer pada warna urat/ vein kita tadi. Paling senang nak tengok kat wrist kita atau pergelangan tangan kita. Kalau urat uol appear warna kebiruan atau biru means skin undertone uols is blue and uols termasuk dalam kumpulan cool skin tone. Kalau urat uols nampak kehijauan, uols termasuk dalam golongan warm skin tone.
 
Skin tone yang sesuai untuk kedua warna gold dan silver, mempunyai urat warna biru dan hijau termasuk dalam golongan neutral.
 
After uols dah tau tone kulit uols termasuk dalam kumpulan cool atau warm, uols boleh lah memilih warna pakaian atau cosmetic dengan senang.
 
Warm skin tone nie biasa nye nampak gorgeous dengan rich, earthy colour like bold red, orrange, golden yellow dan hijau, creams, bronze dan warm brown.
 
Cool skin tone sesuai untuk warna seperti lilac, biru, hijau, silver, grey, hitam dan putih. Eventhough hitam dan putih adalah colour universal, tetapi it looks better untuk orang yang mempunyai cool tone skin colour.
 
 
Untuk pemilihan warna baju boleh refer chart nie..
 

Mengetahui kategori skin tone kita juga bagus kalau nak pilih colour alat solek... Dibawah adalah salah satu panduan untuk memilih eye shadow yang sesuai untuk tone kulit kita.
 

 
Kalau uols suka warnakan rambut, boleh juga refer pada panduan di bawah. Macam kita, memang nampak kusam kalau rambut warna hitam, thats why la kita suka colour kan rambut bagi nampak ceria sikit..
 
Cool skin tone sesuai dengan rambut colour champagne, platinum blondes, chestnut, ashy browns atau true black.
 
Kalau group warm macam kita nie sesuai dengan warna golden atau reddish brown, honey blonde, strawberry blonde atau auburn..Colour nie yang macam merah2.. Tapi kita tak pernah la plak warnakan rambut kita merah, takut sama macam Ronald McDonald plak kang hahaha..
 
  
Ok now yang penting kita dah master warna tone kulit kita termasuk dalam group apa.. Once dah tau..senang jer nak jadi cun melecun macam Cik Ta, okay..hahaha
 
Kalau uols tak sure group mana uols belong to, biasa nye beautician atau image consultant boleh advice uols. Kalau uols happen pergi ke shopping mall.. singgah la kat kaunter cosmetic Clinique ke, Shesheido ke..buat2 la mcm nak beli kalau tak nak beli pun and minta advice dari beautician dia samada kulit uols nie warm, cool atau neutral ok.. Bawah nie ada summary chart untuk reference uols..
 
Pada yang mempunyai tone colour neutral, sila guna satu colour each time..meaning, kalau uols guna colour warm on that day, jangan la campur2.. baju colour warm, make up colour cool, lipstic warm, kasut cool.. nanti orang ingat uols peserta maharaja lawak lak kang.. pakai 13 colour..
 
 
Ok uols..try test okay.. Have a nice long weekend ye.. yay! esok cuti..
 
Ira
 
 


No comments:

Post a Comment