The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Monday 20 May 2013

Kecantikan yang Abadi...

Ha.. Over sangat tajuk kita ari nie..hahaha actually kita nak cerita pasal produk2 kecantikan yang kita guna hari2 terutama pada yang mempunyai kulit sensitif macam kita. To those yang ada kulit muka yang sangat2 sensitif mesti susah nak pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kan? Sure kalau tersilap pilih, alamat terkeluar la jerawat kat muka..
 
Jangan kagum sangat..nie bukan kita tau.. haha
Dulu, kita pun main pakai je ape2 produk, kalau lepas seminggu tak sesuai, kita tukar then tukar lagi.. Hmm.. asyik nak try test je..semua tu of cos la guna duit.. kalau mcm nie gaya nye tokey kebun getah pon boleh bankrupt kan..?? So kita pun google la pasal mcm mana nak elakkan kulit dari tumbuh jerawat, berseri2, cun melecun and terjumpa la satu article berkenaan ingredients di dalam pencuci muka, make-up, cream muka yang boleh menyebab kan pori2 muka kita tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh klik Bahan2 Bahaya didalam Produk Kecantikan
 
Haa.. meh kita lihat senarai ingredients yang boleh memudaratkan kulit sensitif..
 
Memang kebanyakan pencuci muka, toner and moisturizer mengandungi kebanyakan bahan2 nie. Tapi kita just focus untuk mengelakkan bahan2 yang rating nye antara 4 dan 5. Rating 5 tu kira bahan yang sangat2 boleh menyumbatkan pori2 kita. Macam kulit kita sangat sensitif dengan segala bahan yang bermula dengan Isopropyl atau Isostearyl yang banyak di gunakan dalam moisturizer dan apa2 juga yang mengandungai Laureth yang di gunakan di dalam kebanyakan pencuci muka. Siap bawak list nie okay bila nak g beli pencuci muka or cream muka. Mana nak ingat semua kan..?
 
Salah satu produk yang tidak menggunakan Isopropyl...

Jadi sebelum nak beli ape juga produk2 kecantikan, semak dulu list2 ingredients yang terkandung di dalam produk tersebut untuk mengelakkan pembaziran duit dan jugak mengelakkan kulit kita jadi makin teruk atau rosak okay..
 
Kalau nak selamat, boleh guna bahan2 yang natural untuk kecantikan. Dulu sebelum kemalasan melanda, hari2 kita buat mask dari buah2an mcm tomato, lemon dan jugak daun lidah buaya. Tapi kene rajin dan maintain.
Gambar hiasan dari internet setelah ku terima kenyataan photography skill ku ke laut..hahaha
 
After 2 weeks buat mask dengan buah2an nie, memang nampak muka kita tersangat berseri dan segar. Tapi, bahan2 nie tak berkesan sangat dengan jerawat dan parut jerawat..maybe kene penggunaan yang berterusan dalam jangkamasa yang lama kot baru effective.
 
Pada yang mempunyai kulit berjerawat yang agak banyak, I suggest you jumpa doktor pakar kulit atau pharmacist samada di guardian atau lain2 pharmacy yg ada pharmacist. Masa kita jumpa doktor pakar kulit kita dulu2, dia ada prescribed kita ubat antibiotik - Doxycycline dan krim sapu Retin A.
Doxycycline - salah satu brand (Gambar hiasan aje tau)
 
Doxycycline nie boleh membunuh kuman dari dalam. Kalau doxycycline, boleh juga di dapati kat klinik2 biasa kalau dia orang ada stock. Tapi kene jumpa doktor dulu. Antibiotik nie kene makan selepas perut kenyang kalau tak, harus la angin satu badan hokey.. Antibiotik nie hanya boleh di makan berterusan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari 6 bulan tidak di galakkan. Jom kita tinjau salah satu artikel berkenaan Doxycycline
 
Retin A pulak boleh menghilangkan jerawat dan juga parut jerawat. Retin A nie ada few brands and harga dia dari RM39-59. Dia ada dalam bentuk gel dan juga cream. Kalau kulit terlalu oily, better ambil yg gel. Selain dapat menghilangkan jerawat dan parut, Retin A  juga bagus untuk menghilangkan kedut2 halus serta boleh tone kan warna kulit kita so tak de warna kulit kita tompok2 mcm kucing.. Thats why ada produk kecantikan di pasaran yang mengandungi Retin A dalam produk dia org.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Retin A  .
Salah satu brand yang famous kat pasaran. Gambar hiasan tau..
 
Tapi berhati2 skit kalau nak pakai Retin A Cream atau Gel nie tau sebab retin A nie sometimes dia mengeluarkan semua jerawat dulu baru la dia akan bersihkan.. Thats why ada orang muka dia makin teruk masa permulaan pakai retin A.. and thats why kita pakai retin A sambil consume Doxycycline so antibiotik tu boleh membunuh segala kuman jerawat dari dalam..so tak keluar ke muka la.. Tapi ada juga orang Ok je pakai retin A semata without makan antibiotik. Tengok kulit juga..
 
Kedua2 ubat nie adalah ubat kawalan so hanya boleh di beli di pharmacy dengan kehadiran pharmacist okay. Kalau kat Guardian, Pharmacist hanya bertugas dari hari Isnin - Sabtu, pagi sampai kul 7 ptg aje..
 
Ira..





 

2 comments:

  1. Retin a ni boleh ke utk jerawat forehead ?

    ReplyDelete
  2. Blh tahu tak nma brand atau manufacturer retin a gel ni...cari dh lama

    ReplyDelete