The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Thursday 9 May 2013

Budget Holiday - Perth 2012


Bila dengar aje ada tambang murah, ha apa lagi..semua cepat2 online tengok mana destinasi yang paling murah tiket nye untuk bercuti kan..? Last year, we all dapat tiket tambangg murah ke Perth. Satu kepala below RM500, pergi balik dah campur tax bagai.. murah la kan..? so apa lagi..ha tu dia..rombongan Cik Kiah ke Perth gitew...

Ha tu dia...Kumpulan Cik Kiah yang glamer..
Sampai Perth airport, we all sewa kereta. Sebab kalau kira2 tiket naik train dengan sewa kereta, lagi untung sewa kereta. We all pergi 6 hari 5 malam so sewa kereta dalam RM400++ untuk 6 hari tu la.. Yang best sewa kereta kat airport nie, kita akan dapat kereta yang tangki penuh minyak so tak payah nak susah2 cari station minyak.. Tapi, bila pulangkan kereta tu, kita kene pulangkan dengan tangki minyak yang penuh jugak otherwise dia akan charged kita harga minyak untuk tangki penuh mengikut company sewa kereta tu punya rate, yang mana sangat mahal. Lagi satu, better juga sewa skali GPS kat sini sebab nanti nak gi mana2 senang..
Kat sini la we all sewa kete..

Model2 kete sewa..
Since we all dalam 8 orang dewasa dan 2 kanak2, we decided to stay in a home stay kat sana. So we all pun menyewa rumah Summerset Holiday House di Jalan Summerset. Rumah nie memang convinient.. Dekat dengan Victoria Shopping Mall, dalam few minutes drive to town yang banyak makanan muslims.. Sewa rumah nie dalam RM400 sehari. Ada 10 katil, dapur memasak, ruang tamu yang besar, dining table dan halaman yang luas untuk budak2 main lari2... Tuan rumah dia, duduk sebelah rumah je..
Ni la rumah nyer.. kat luar buruk je..mcm umah Tok kat kampung lagi lawa..
Ruang Tamu.. anak sedara aku mana2 nak tido depan TV so bentang toto la.. Tuan rumah siap sediakan extra blanket, bantal and comforter kat dalam almari..
View dari dalam bilik direct ke dapur..
View salah satu bilik.. Pintu tu menuju ke lagi satu bilik yang ada 5 single bed..

Tapi yang best nyer, time tu spring nak ke summer tapi still sejuk.. Cuaca dia tak menentu sangat, hari nie sejuk..esok panas giler..lusa sejuk balik..so better bawak baju sejuk sebagai persediaan.. Kalau time sejuk suhu dalam 16-18 jugak la.. Tuan rumah sebelah ada tanam pokok raspberry.. so ape lagi, dengan muka tak malu macam kat malaysia mintak jiran sebelah nak kait mangga, we all mintak la nak petik buat raspberry..



Kat Perth nie banyak giler zoo or animal sanctuary.. so, pilih satu je la sebab mostly binatang yang ada kat zoo dia org serupa- kangaroo, wombat, dare devil, penguin.. we all pergi ke Caversham Zoo dengan Penguin Island. Tiket masuk ke zoo and island nie memang mahal la, since dah convert ke RM kan.. So, to save budget..just pilih je salah satu.. Tapi di Caversham tak ada Penguin.. Tapi masa we all pergi ke Penguin Island pun tak nampak penguin nyer..yang ada dalam dia punya care centre, like pertunjukan feed the penguin.. so tak berbaloi sangat g Penguin Island.. Tiket adult untuk masuk Coversham AUD 23  and AUD 10 for kids...
Jumpa gak sedara kat Coversham nie.. huhuhu

Jetty untuk pergi ke Penguin Island.. Tiket dalam AUD18 untuk dewasa..

Kalau suka shopping boleh pergi ke Harbour Town.. Sini banyak barangan branded yang murah. Cotton On ngan Levi's murah giler.. Levi's tu nasib baik tak der size aku jer.. Bayangkan jean Levi's yang kat sini almost RM400, kat sana below RM200.. Sakit hati tak..? Skirt Cotton On pulak, kat malaysia 1 RM60, kat sana aku beli RM15.. hahaha.. sakit jiwa tengok.. jadi orang giler pun ada dah.. borong habis..

 Rasa mcm orang kaya2 pulak pegang banyak shopping bag..hahaha
Bigfoot nyer kasut hilang sebelah..

Jangan lupa makan signature dish di Perth, Fish and Chips.. Yummy sangat..Kalau kat Malaysia, kebanyakan fish n chips di buat dari ikan dori yang cepat muak.. kat sini dari red snapper.. memang lazat berkrim.. 2 hari berturut2 datang sini makan fish n chips..

nyum nyum nyum.. kalau nak extra tar tar sos, kene beli..AUD 0.50 sepaket..

Tempat2 lain yang menarik, Swanbell and Kings Park, Freemantle Market untuk beli souvenir and not to forget..Little London kat Perth City Centre.. Yang nie semua masuk free, tapi barang nak beli tak free la ye hihihih...
 Freemantle dekat ngan fish n chips restaurant
City view dari Kings Park

 Menu fish n chips fast food

Mia dah grab satu kangaroo kat Freemantle Market..

So after 6 hari di Perth, rombongan Cik Kiah pun pulang la ke tanahair tercinta gitew.. Sebab nak murah, flite balik we all pukul 5 pagi.. so apa lagi..tido kat airport la jawab nyer..


Lepak kat airport.. tapi semt gak shopping lagi kat airport..

Kereta dah pulang before 12 midnite sebab kalau lepas tu dah di kira one more day.. so nak save.. pulang kan kete and just drop the ket kat key box yang di sediakan dan mula la acara melepak di airport..













17 comments:

  1. salam..miss ira..
    best dpt bercuti kan..saya pun akan ke perth dlm bln mac tahn depan n ingt nak stay di summerset house. ok ke kat situ..? lg satu sewa kereta tu miss ira booking internet ke..? Tq ye..

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh dapatkan contact home stay? Tq v much

    ReplyDelete
  3. Boleh saya dpt contact number Summerset Holiday House tu tak? berminat sgt dgn tmpt nie

    ReplyDelete
  4. Saya pun booking kereta dgn sixt car rental kat Perth airport. Dlm email kata kena international licence. Tapi dlm kebanyakan blog kata tak perlu international licence. Please advice, huhuhu. Tq

    ReplyDelete
  5. Kalau shopping di Perth ada kene tax x di airport waktu balik?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email pada saya
      noridayu77@gmail.com
      0162957272

      Delete
    2. Boleh email pada saya
      noridayu77@gmail.com
      0162957272

      Delete
  10. salam semua.. la ramai yg komen rupa nyer.. i dah lama tak update blog sbb time tu terlupa pulak password.. okay homestay tu is summerset homestay.. boleh google.. biasa nye we all communicate with tuan rumah by email sbb nak call mahal kan.. tuan rumah at that time tak ada wassap or viber.

    shopping di perth seingat saya ada yang ada tax and ada yang duty free tapi boleh claim balik tax tu di airport..tapi if u want to claim tax tu di airport kene check in awal sbb takes time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, nak mintak email homestay tu boleh? you can email me: nurul.shuhada30@yahoo.com. sebab saya akan ke perth this february and this trip agak last minute. hope you can reply as soon as possible. tq

      Delete
  11. Salam, nak tanya boleh tak bagi info sumerset homestay sbb saya dah google tapi tak jumpa lah....

    ReplyDelete
  12. Salam, nak tanya boleh tak bagi info sumerset homestay sbb saya dah google tapi tak jumpa lah....

    ReplyDelete
  13. Salam, nak tanya boleh tak bagi info sumerset homestay sbb saya dah google tapi tak jumpa lah....

    ReplyDelete
  14. Salam, nak tanya group you ramai, you sewa kereta apa ye?

    ReplyDelete