The Ira Ilko

The Ira Ilko
its better to be hated for being yourself than be loved for becoming someone else..

Wednesday 8 May 2013

Facial Treatment...

You all pernah pergi buat facial tak..? Kalau nak cun melecun mesti la skali skala bawak muka ke facial spa.. Macam2 jenis facial sekarang nie yang ada.. semalam baru la tau beza antara normal facial dan facial treatment.. Normal facial tu yang cuci muka, scrub, steam, picit2 jerawat and black head (extraction) dan masker.. Kalau facial treatment..yang tu ada additional lagi dari yang normal facial.. biasa nye dia ada menggunakan treatment machine macam machine untuk collagen deep penetration, anti wrinkles machine dan ada spa guna 2 masker (best..tido 2 kali..siap berdengkur hahaha).

Bila kita nak pergi buat rawatan muka nie, banyak benda yang kita kene consider dulu sebelum memilih rawatan dan tempat facial mana yang sesuai okay..

Perkara2 yang kita kene consider sebelum ke rawatan muka:
1. Tujuan kita nak buat facial.. samada just untuk memanjakan muka atau memang untuk merawat muka yang dah kurang berseri, kusam atau banyak black and white head..

2. Jenis kulit kita.. kalau yang kulit tak ada masalah.. bagus la..tapi kalau kulit tengah naik jerawat..ha..yang nie pun perlu di ambil kira sebab kalau terlebih urutan di muka nanti lagi mengaktifkan jerawat kita.. Untuk kulit yang bermasalah mcm nie better pergi ke tempat facial yang memang di kendalikan oleh professional. Jadi dia org nie tau apa yang tak boleh di buat semasa muka kita tengah subur ngan jerawat.. Biasa nye mereka takkan urut muka kita kerana tak nak mengaktifkan lagi jerawat tu.. Lagi satu, kalau yang professional nie, dia pandai picit jerawat yang tak meninggalkan parut atau menjadikan kulit kita berlubang.. Nanti kalau dah parut.. susah nak hilangkan dan lagi mahal nak treat..

3. Produk apa yang di gunakan untuk membuat facial.. kengkadang produk tu mempunyai kandungan yang tak sesuai untuk kulit yang sensitif.. Ini pun perlu berhati2 jugak.. Nanti lepas 2-3 hari facial, tumbuh jerawat pulak.. lagi haru...

4. Jangan pilih tempat facial yang beautician nya kasar sangat semasa membuat rawatan facial.. Nanti dah la sakit2 muka kita, pastu sometimes tinggal parut pulak..

Actually, kalau tanya personal opinion kita.. kita prefer chinese yang buat rawatan muka kita. Dia org nie mahir sikit dalam bab memicit jerawat.. Jarang meninggalkan kesan. Beautician melayu tak mahir sangat dalam bab picit jerawat tapi dalam bab urut2 nie.. yezzzaaaa... terus tertidur..hahaha..

Ira

No comments:

Post a Comment